masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Thursday, November 25, 2010

cheesy meat !

selamat malam semua :) second entry for today. ni nak cover up balik sebab dah banyak tak update. haha. semalam rose, family rose and cik fana comel, pegi ke apartment aunty rozy. she is my mom's bestfriend. kiteorang lepak lepak sana. maen gitar, masak masak, makan makan. adek adek rose lak pegi swimming kat swimming pool kat apartment tu. and rose pula saja semangat pegi gym exercise. HAHA.

tapi sebelum pegi gym, aunty rozy masak lunch. sedapp wok. but, my mom came up with idea. dia boleh pulak bawak left over kt rumah. macam hotdog, minced meat, and perencah2 apa ntah. mama rose suruh rose and fana create one dish that can eat with roti :) haha pelik pelik jeh.



okeh. tu ingredient nye. hotdogs, minced meat yg dah di rebus dan telah dibeku kan dan perlu di cair kan balik?, perencah maggi, mixed vegie, shreded parmesan cheese, bawang merah dan bawang putih ;) oh lupa, minyak masak. haha.



kami sedang cari idea apa nak buat dgn bahan bahan tersebut. sesi potong memotong dan pikir memikir. dan balun saja la apa nak jadik kan. haha. dengan gigih kami cuba buat yang terbaik. dah boleh masuk iron chef la kan ni. HAHA.




sambil sambil tu mesti la ambik ambik gambar kan. hehe ;) *pose pose. then walaaaaaa.



here's the CHEESY MEAT ! cara masakan di rahsia kan. sebab kami pun main hentam masak then jadik terus macam ni. mereka makan saja. melantak saja. sedap lah kot. haha ;) terer tak kami? poyo T__T




aunty rozy made this. fettucini veggie with minced meat :) sangat sedap. dia memang pandai masak. cikgu english yang layak jadik chef okayy. dulu rose pernah buka puasa rumah dia. dia buat chicken pie and bread pudding. damn delicious! genius ! HAHA. blog rose ni kalau tak de cerita pasal makanan, tak sah okay. because i love food :) but i have to control it T__T

okay la, ini je termampu nak di update malam ni. esuk, i will turn 19 years old. oh man, im old olready. hehe. notakaki ku: korang yang tag kat contest, nty rose join k. now really not a good time. busy busy me. sorry. huhu ;( okay, toodles.

busy rosey !

selamat petang semua :) rose dah lama tak update. busy gila okeh. semenjak dapat kerja cuti semester ni. nak online pun tak dapat. sedih oh T__T lagi lagi handphone rose rosak. lagi ranap harapan. duit gaji kena beli handphone baru la nampak gaya nyaaa. huhu ;(

okay, hari raya haji hari tu, rose dapat kerja kat expo danga city mall. tapi rose start kerja petang. hari rabu start until hari isnin :) kerja jadi promoter hush puppies, baju kanak kanak. kat warehouse metrojaya. sangat comel comel okayy.



ni adek manis jual baju budak. haha. siapa yang pergi expo metrojaya hari tu, mesti jumpa rose. tapi serius kerja ni penat oh. kena diri je. kaki rose dah macam nak tanggal tahu tak. balik balik je upah adik urut kaki. haha. tapi memang best, dapat kenal with new friends. and jumpa balik old friends yang dah lama tak jumpa. haha. great experiances :)



okayy. minah bernama fana and fanaa datang melawat rose bekerja. haha. sibuk je diorang. tapi memang fun. diorang bawak camera, dapat la snap sikit sikit. yang baju hitam tu nadia fatin. rose dah tak jumpa dia setahun lebih kot. then time kerja sini, jumpa dia balik. macam reunion la pulak kan. haha. dia kerja bahagian wallet and belt. kitaorang selalu rehat sama sama. makan kat sana mahal okayy. T__T




time cuti semester ni memang peluang nak cari duit. kerja la dengan bersungguh sungguh ye. jangan cerewet sangat pilih kerja. apa yang ada, kerja aja. hahaha :) isnin depan rose start kerja lagi. kerja yang sama. haha. okay, rose busy lagi lepas ni. so, masa nak update blog pun terhad. harap maklum la ye semua. akan update lagi cerita yang menarik. *poyo. take care everybody. toodles :)

Tuesday, November 16, 2010

food review : superstar dinner.

good night and good morning. hehe :) rose dah 4 hari tak update blog. busy sikit. btw, rose sudah ada di johorbahru tercinta ye. sila buat appointment kalau nak jumpe. bajet femes la rose T__T haha. malam ni rose saja nak buat review pasal makanan time dinner kat syuen hotel ipoh bulan lepas. review ni untuk mereka mereka yang bercadang nak buat dinner or apa apa function kat syuen hotel. ni untuk memudahkan mereka mereka. kot, i guess =_=

okay, disebabkan dinner rose hari tu bertemakan superstar. so, makanan dia punya nama pun ala ala superstar gitu. serius comel. tapi banyakk dah lupa nama nama dia. & gambar makanan pun tak banyakk. sebab, semua syok sendiri makan, sampai lupa nak ambik gambar makanan. makanan yg disediakan based on chinese dish. dan rose sangat kenyang malam ni. serius tak larat nak bangun lepas habis makan.

menu makanan tak silap rose ada 7. termasuk appetizer, main course dan dessert. gambar gambar yang sempat di tangkap cuma main courses. yang lain dah selamat dalam perut. haha.

Appetizer; Hot & Cold
sorry tak ada gambar. tapi serius, sedap gila. tak tipu! nama pun dah macam lagu katy perry kan. mmg hot & cold! ;)

Main Dishes

#1 - Lemon Chicken
sedap, tapi masam sikit. maybe sebab lemon la kan.


#2 - Sweet n Sour Fried Fish
not bad. but a lil bit terlebih garing.


#3 - Mushroom, Broccoli with Bean Curd
ini pun sedap. sebab rose suka gila bean curd ;)


#4 - Dried Prawn Fried Rice
okay. masin sangat. rose tak berapa minat. terus terang ni. haha.


#5 - Chilli Prawn
sedapp bangat jugak. tapi rose mkn seekor je sbb control ayu ^.^v

Dessert; Longan Jelly Puding
SEDAP gila! rose 2 kali tambah. hahaha. fullstop.

nota kaki: cara hidangan mereka, adalah satu satu. means that, selesai satu dish, baru waiter angkat letak dish yang baru. tu yang kami cepat kenyang. T__T

rose sudah mengantuk. will update soon. btw, selamat hari raya aidiladha. toodles ;)

Thursday, November 11, 2010

digi easy like A B C !

selamat malam :) rose malam ni nak merapu sikit pasal digi. kenapa digi? kenapa tak hotlink ke celcom ke apa ke kan. sebab rose guna digi dan hotlink sahaja. so, mood malam ni nak merapu pasal digi. jangan banyak songgeh. nak tahu senyap. tak nak tahu, main jauh jauh sana. haha. rose kejam kan malam ni T__T



okay, rose hanya guna digi untuk contact encik cintahati, orang lain jangan harap. hanya encik cintahati. orang lain, rose contact guna number hotlink. so, sebab kan rose selalu sangat bergayut dan texting, rose kena come out with budget untuk contact si dia. oleh itu, sekarang ni rose guna digi campus. digi campus ni khas untuk mereka mereka yang masih belajar di universiti, atau kolej atau mana mana institusi pengajian. kena serta kan photostate kad pelajar sekali masa nak beli number digi campus. tapi, rose tak sure sekarang ni still ada lagi ke tak. kenapa rose pilih digi campus?

pertama; sebab sehari call hanya peruntukan RM2 sahaja. after rm2, panggilan anda adalah percuma sepanjang hari, dari 12am - 11.59pm :) means that, call selama 14 minit = Rm2, then letak. then tunggu dapat mesej yang sudah free untuk hari tersebut. then call balik secara free sepanjang hari. syiok bukan :)

kedua; sebab mesej adalah free kepada 11 nombor dalam friend and family list anda. tapi rose cuma ada encik cintahati saja dalam list. rose kejam lagi, tak bagi orang lain chance masuk list T__T



tapi setelah encik cintahati perkenal kan rose kepada digi easy. hati ini terhadap digi campus sudah lenyap sedikit demi sedikit. hahaha. digi easy, rupa nya lebih easy dari ABC :) senyuman menggoda rose dah muncul, mula memikat digi easy. digi easy ni lagi mantop berbanding digi campus. tapi digi campus, kamu juga hero, sebab dulu, sebelum digi easy muncul, kau juga penawar rindu ku. terima kasih T__T



kenapa digi easy pula? kenapa rose rasa digi easy lebih berbaloi baloi. haha ! sebab panggilan dan sms adalah percuma kepada 3 buddyz digi anda, macam family and friend la. tapi sekarang, buddyz :) comel jeh. so, disebabkan hanya encik cintahati saja yang ada dalam list, so, hidup kembali cerah bersama digi easy. tak payah topup setiap minggu, dua minggu sekali topup rm3 pun dah cukup. hahaha.



click pada gambar untuk lihat dengan lebih teliti. bukan ini di nama kan berbaloi baloi ke? hahaha. walaupun sim pack price dia mahal, tapi tu sekali bayar aja, lepas tu hidup goyang kaki, congkel gigi saja. so, rose dengan bangga nya nak pergi beli number digi easy cuti ini dengan encik cintahati di johorbahru. siapa nak ikut? pergi sendiri ! serius rose malam ni penting kan diri sendiri. T__T

so, akhir kata. rose nak tidur. esuk kena bangun awal. will update more soon! toodles. good night everybody :)

Wednesday, November 10, 2010

Superstar Rose !

selamat malam blogger & reader :) rose malam ni sangat malas nak belajar, sebab paper tinggal lagi satu je. this sunday. oyeh bebeh! haha. tak sabar nak balik johorbahru. tapi pikir balik, last paper hari ahad ni pulak subjek yangg paling merunsingkan, Construction Economy ! so, tetap kena belajar jugak T__T

malam ni punya entry nak cerita kisah yang telah di tunda kan selama sebulan. ingat tak tarikh 10.10.10, yang konon nya semua berangan nak kahwin pada hari ni, sebab kan tarikh cantik. bukan kahwin je, ada yang nak tunang ke, nak couple ke, nak apa ke kan. haaaaaa, 10 hari bulan oktober lepas, persatuan ukur bahan, uitm seri iskandar, ada buat bi-annual dinner bagi semester july - nov 2010. di hotel Syuen, Ipoh Perak. bermula 8malam hingga 11.30malam.




dengan bertema kan tema SUPERSTAR. kami kami semua plan awal awal nak pakai macam mana. batch rose pulak ramai yang tak participate. tak tahu kenapa. lantak diorang, diorang yang rugi, rose yang untungggg ! hahaha. sebab dinner ni best sangat, walaupun penat sebab kena gerak gi hotel tu seawal 5 petanggg. so, rose dengan geng geng rose book bilik untuk bersiap siap kat sana. sangat syiok. make up pun semua share share macam apa jeh. tapi memang we have so much fun. macam berbaloi lah walaupun kena bayar mahal. hukhuk T__T




pakaian rose pada malam tu berinpirasi kan dari kumpulan the cheetah girl, yang kat disney channel tu. sebab tu rose pakai baju jenis leopard print. baju ni pun tahun bila punya tak ingat. cuma rose jarang pakai, nasib baik muat lagi. haha. make up telah di make up kan oleh nikshahirah, make up gaya natural jeh, sebab baju pun earthy look, so, kena lah natural saja. dan rose pakai boot ala ala cowgirl, sangat smart, rose beli kat danga city mall johorbahru.



ni nur amira, tapi kiteorang panggil di IYA, tak pun YA je. serius dia ni garang macam singa, tapi baik macam rose. hahaha. malam tu dia merah menyala. dia ni pandai, serius pandai. suka suka :) rose macam nak beli shawl warna merah macam ni la, agak agak sesuai tak dengan rose?



yang ni pula, zainun hanani, kiteorang panggil dia nani. dia budak pahang, sangat sempoi dan selamba. dia kecik je orangg nya. dia pun main fuji instax mini macam rose. ada jugak geng kat sini yang layan lomo macam rose. dia pun ada holga, tapi dah nak jual. i dunno why.



ni pula, izzati afiqah, panggil zati. dia pun budak pandai kat kelas. mula mula rose ingat dia ni pendiam, tapi rupa nya banyak cakap juga ini minah. haha. tapi best kawan dgn dia. dia jenis melayan. tak banyak kerenah. tu yang best. *cheers.



haaa yang ni pula, norjamaiyah, boleh dikatakan kawan baik rose kat sini la. panggil je dia mai, tak pun maiya. kiteorang selalu bersama, pergi kelas and balik kelas mesti sama sama. tapi bilik lain lain. haha. insyallah, next sems, kiteorang akan jadik roomate kat rumah sewa kami nanti :)



okay, yang ni nik shahirah. mak andam saya tadi. panggil dia irah :) dia sangat sporting dan stylish. dia pemilik blog IraHeart yang sangat cool. dia cool dan menarik. i dunno what to say about her. you are so damn rawr girl. i loike your style. hahaha. do read her blog okayyy :)

kami ber-enam akan tinggal di rumah yang sama pada sems akan datang, kalau tak ada halangan dan rintangan, insyallah :) we gonna be housemate. hope korang pandai masak, kalau tak kena makan luar la setiap hari, dan habis kan duit sebab makan je T__T i think nak bawak oven dan mixer, sebab nak buat cupcakes. kalau ada masa lebih nak buat business cupcakes sekali, kalau laku. ni angan angan, harap tak musnah. so, anything rose akan update lagi. enjoy your night okay. toodles :)

Chocolate Giveaway !

selamat pagi semua :) haaaaa. rose nak join satu giveaway ni. just wanna try my luck selepas dah kalah dalam contest shawl. huwaaa T__T memang patut tak menang pun, sebab gambar tak secantik dan creative pemenang mereka tuh. haha. so, ni first time rose cuba join giveaway dan harap akan jadi salah satu yang bertuah :) *wink.


giveaway ni dianjur kan oleh D'nialicious. giveaway ni bermula 9 nov until 10 dec. so, masih banyak masa dan peluang untuk anda anda semua join giveaway ni. untuk mereka mereka yang sangat cinta kan chocolate. memang giveaway yang sesuai untuk anda join. mereka menjual chocolate, cupcakes, cakes yang sangat menarik dan comel. tak percaya? meh jom cuci mata dan order di D'nialicious. click SINI.


3 pemenang yang bertuah bakal memiliki chocolate set in box yang korang sendiri boleh cakap kat penganjur tu nak tulis apa atas chocolate2 tuh. kalau menang je laaaa T__T hope sangat dapat chocolate ni, sebab rose suka chocolate. yummy :) bukan itu saja, sesiapa yang join giveaway ni, dapat 10% off for any first purchase of chocolate at D'nialicious shop. menarik kan. so apa lagi, meh join meh. tak rugi join, okayy nyah nyah semua ni! haha. will update more sooner or later :) toodles babe.

Tuesday, November 09, 2010

movie review : going the distance (2010)

selamat petang semua :) pagi tadi rose ada paper building services yang sangat mencabar jiwa dan raga. haha. tapi tak kesah oh. sebab tinggal lagi satu paper jehh, then off back to johorbahru. can't wait! :) okay, today's entry, rose saja nak buat movie review on Going The Distance. rose tengok movie ni kat wayang time cuti raya hari tu dengan encik cintahati. cerita ni untuk 18 tahun dan ke atas dan untuk mereka2 yang berfikiran terbuka dan lapang dada menerima. *woot woot. haha.



bagi rose, trailer movie ni sangat lawak. sebab dia macam dah cerita keseluruhan cerita dalam satu trailer. dah tak payah tengok movie nih dah sebenar nyaaa. hahaha :) tapi kalau nak juga tahu keseluruhan cerita. tengok la ye. rose bagi 4 bintang untuk cerita ni. *wink ;)



movie going the distance ni lakonan Justin Long & Drew Barrymore. gandingan pelakon yang sama sama hebat and good looking. rose suka gila tengok dowang, macam sweet gila dalam cerita ni. cerita ni sebenarnya nak tunjuk kan macam mana cinta jarak jauh. macam rose dan encik cintahati. sorang belajar kat perak, sorang belajar kat sarawak. kan jauh tu, sebulan atau dua bulan kadang kadang tiga bulan baru dapat jumpa luang kan masa. cuba bayang kan? rindu tak rindu macam mana rasa nya. mahu merana, tapi tak apa, rose kan tabah orang nya. haha.

back to the story, cerita ni mengisahkan garrett & erin. dorang ni jumpa dengan tak sengaja, dari situ dorang start berkenalan, dalam masa 6 minggu dorang jatuh cinta. kenapa 6 minggu? sebab erin kena kerja intern jauh dari garrett. so, dorang cinta jarak jauh lah. selebih nyaaaa, kena la tengok sendiri eh. cinta jarak jauh ni, ada kebaikan dan keburukan nya jugak tau. tapi kalau dah bercinta. tak ingat apa dah, semua indah. betul tak encik cintahati :)




kebaikan nya, korang mesti rasa akan kerinduan 24 jam. dan rasa cinta tu berputik putik je. macam makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dibuat nya. haha. dan korang mesti selalu contact. sampai full inbox. dari call, ke video call. tak pun dari sms ke mms. haha :)



kebaikan nya lagi, bila berjumpa, macam best gila sebab dah lama tak jumpa, nanti tengok dah gemuk sikit lah, atau dah kurus sikit la, tak pun dah makin comel la, tu yang makin sayang tu. hahaha :) dan macam macam aktiviti bila dapat jumpa. so, bila dah cinta jarak jauh ni, bila jumpa, manfaat la masa tu okay. jangan la gaduh gaduh pula ye.



idea rose untuk aktiviti yang manfaat bersama seperti makan malam di tempat best best, joging ke main freebies ke or just lari lari kuar kan peluk. haha. tak pun pergi karaoke or do something yang baru dan tak pernah lagi korang lakukan sama sama. mesti best punya ;)

oh makin rindu pula rose kat encik cintahati. lagi berapa hari je nak balik, so, rose sabar je rose. hehe. so, korang boleh la share dengan rose kalau korang ada idea apa apa yang boleh rose lakukan time cuti ni. hehe. okayyy, rose akan update later soon kalau tak busy. enjoy your day okay. toodles :)

Sunday, November 07, 2010

avoid getting nightmares.

selamat petang semua :) rose hari ni mood sangat malas nak belajar. tapi terpaksa jugak kena belajar sebab selasa ni ada exam lagi. rose tinggal lagi 2 paper. next week dah nak balik. tak sabar. woot woot. haha. kelmarin my mommy datang bawak jalan jalan gi jusco ipoh je. sampai sesat sesat. sebab rose jarang gi ipoh tu yang sampai sesat sesat. haha. dapat makan black canyon dan tengok movie. best gila. enjoy gila hari tu. tapi sekejap je. malam tu dah balik kolej dah. sedih mak oh! huhu. tapi tak apa. tinggal berapa hari je lagi nak balik johorbahru tercinta. :)



okay. entry hari ni rose saja nak share tips macam mana nak avoid drpd dapat nightmares. rose setiap malam mesti mimpi. tak mimpi, tak sah. kadang kadang mimpi best, mimpi pergi holiday lah, makan best best lah, keluar dating lah dan bla bla bla. haha. tapi kadang kadang ntah ape ape je mimpi. mengarut mengarut jeh. haha. tapi bila mimpi best, semua suka. tp sape yang suka nightmares? pelik ah kau kalau suka nightmares. haha. so, rose dah buat search yang tak seberapa on macam nak avoid getting nightmares.

pertama, relax kan diri sebelum tidur. pasti kan tidur dengan bantal yang cukup. jangan terlalu banyak bantal, dan jangan pulak tidur tak berbantal. dan jangan terlampau banyak berfikir. relax aja. kan dah nak tidur. apa lagi mahu dipikir nyaaa.

kedua,
pikir positif things sebelum tidur. bayangkan benda yang best best atau plan apa yang kita nak buat esok. so, kita tak kan lupa apa nak buat keesokan hari nya.

ketiga,
basuh kaki sebelum tidur. ini selalu orang orang tua dan muda cakap. haha. tapi seelok nya jugak, time mandi petang or mandi malam, mandi dengan air suam, jangan terlalu sejuk, so, badan anda akan segar sepanjang malam.

keempat,
minum minuman yang boleh kita tidur dengan nyenyak tanpa gangguan nightmares. iaitu minum susu atau yogurt, kalau tak suka minum la teh panas atau hot chocolate. yummy. i like hot chocolate :)

kelima, semasa dinner, jangan makan terlampau berat. dan avoid makan pedas dan makanan yang sangat berlemak. makan light dinner dan banyak minum air masak. makanan pedas dan berlemak akan sebab kan perut kita bergas dan semasa tidur kita akan rasa tidak selesa dengan perut yang dah berangin dan gas. ni yang boleh sebab kan nightmares. T__T

keenam, sebelum tidur cuba laku kan exercise yang ringan ringan. macam tunduk ke bawah, cecah cecah lantai. then tarik nafas kuat kuat dan lepas perlahan lahan. haha. dan sebelum nak lelap kan mata, cuba mengeliat liat kan badan anda. hehe.

ketujuh, yang ni memang sangat penting, sebelum tidur, jangan lupa solat Isyak dan doa minta jauh kan daripada mimpi mimpi ngeri :)

kelapan, jangan tengok atau baca cerita hantu sebelum masuk tidur. memang sah sah hantu tu ikut korang time tidur. HAHA.

kesembilan, jangan tidur dalam keadaan terlampau panas atau terlampau sejuk. kalau pasang aircond tu boleh, tapi jangan sejuk macam kat kutub utara. :)

so, ada sembilan tips supaya anda dapat tidur dari gangguan mimpi ngeri. kalau korang ada tips lain, boleh share dengan rose okayy. rose mengamalkan konsep sharing is caring. haha. okayy rose akan update later. enjoy your day. toodles :)

Thursday, November 04, 2010

chocolate cake topping.

selamat petang :) sabtu ni rose ada paper lagi. haish. subjekk pulak yangg tough. memang rose kena tough kan diri jugak lahh dua hari ni. tapi esuk my mommy wanna come here. oh! i miss my mommy. so, she come here because i miss her. ke, she miss me? haha. suka oh rose gini :)

semalam entry rose pasal rose saja poyo poyo buat chocolate cake untuk encik cintahati. hari ni pulak entry rose still about the same chocolate cake, but, it is about the topping of the chocolate cake. topping ni dengan tidak sengaja jadik macam tu. hajat di hati berhasrat (ayat skema lah rose T__T) nak buat topping yang keras, ala ala ice cream dip with hot chocolate gitu. tapi kali ni chocolate cake with topping tak keras tapi cair macam chocolate cair tapi sedap T__T



ingredient yang rose guna ialah cocoa powder tudor gold dan susu pekat F&N siapp ada bervitamin lagi. baik untuk kesihatan haha :) tak kesah lah nak guna serbuk koko apa, dan susu pekat apa. ikut cita rasa suka rela sesedap rasa anda. dan tak lupa semangkuk air.



mula mula panas kan air. actualy kan, resepi ni ikut sesedap rasa sebenar nyaaaa. nak cair kan lagi, tambah air lagi. nak pekat kan lagi, kurang kan air. tapi rose maybe dah terlebih air kot. i dunno. janji sedappp T_T



then, bila rasa rasa air dah panas, masuk kan dua sudu besar serbuk koko tadi. biar kasik bumbung dan penuh sudu tu. then kacau kacau kacau sampai sebati. after dah mengelegak sikit. masuk kan dua setengah sudu besar susu pekat tadi. then kacau sampai pekat :) kan dah cakap, ni semua ikut sesedap rasa rose je. rasa tak cukup, tambah lah lagi. haha.



bila dah siap eksperimen kan topping chocolate tadi, dan dah rasa sedap ke tak. tuang lah kat atas cake kita yang dah siap tu. tuang pun ikut suka hati makcik pakcik kakak adik sekalian :) then simpan dalam peti sejuk. serve it chill. baru sedapppp. siapa yanggg suka chocolate. ini lah yang anda patut cuba try test.



chocolate topping ni jugak, tak semesti nya untuk cake saja. nak try makan dengan ice-cream pun boleh. atas brownies pun buleh. atas cupcakes, atas pies pun apa salah nya kan haha :) rose tak lah terer bab bab masak masak ni. selalu pun main eksperimen je buat ni semua. asal jadik sedapp, masuk perut gapp. semua happy sebab kenyang. haha.

so, apa apa nak tanya rose. boleh lah tanya kat formspring rose. rose baru masuk kan widget formspring kat sebelah ni. feel free to ask. tak kena bayar pun. tapi tanya yanggg berkaitan sahaja ye. tak mahu yang merepek repek; akan di ignore. haha :)

rose akan update soon later, kalau tak busyy. take care reader. enjoy your day. toodles :)

Wednesday, November 03, 2010

chocolate cake and rose.

selamat petang semua. fuhh! pagi tadi punya paper, lega rasa nya. no comment. tapi dapat jawab dengan tenang nya. walaupun pengawas tu boleh pulak kuat kan kipas, dah lah duduk bawah kipas, then sebelah aircond pulak tu. memang mengigil tak ingat lah kan. haish. tapi apa pun, alhamdulillah :)



haa. yang ni lak, kenapa encik cintahati rose ni senyum melebar tak ingat? HAHA. sebab hari tu, masa cuti before raya (hai rose, cerita dah lama baru nak update skrg T__T) cik rose buat kan dia chocolate cake. konon untuk birthdayy dia. haha. tapi tak tahu la sedapp ke tak sebab rose tak rasa pun. ibu mertua ku cakap okayy, sedapp, not bad, so i guess okayy la kot. hehe. rose pun malam sebelum buat cake tu pergi tesco dengan mama rose, dengan bangga konon nak buat cake ikut resepi, yang guna tepung, telur, serbuk koko dan bla bla. tapi last last, rose beli je tepung pillsbury yang dah siap mix. senangg hidup :)



Tepung Pillsbury, flavour devil's food. haish. nama nak ada devil kan. macam apa jehh, tapi yang pentinggg gebu, cuma tambah secawan minyak masak dan telur (2 biji rasa nyaa, tak ingat lah T__T)



masuk semua bahan tadi, tepung pillsbury sekotak (+) minyak masak secawan (+) 2 biji telur. then adun sebati dengan kadar sederhana.



then, bila dah sebati, masuk la dalam acuan. rose guna acuan bulat, size tak tahu. tapi kecik. sekotak tepung pillsbury tadi, dapat buat 2 biji cake bersaiz seperti dalam gambar. (rose tak tahu sangat berapa inci acuan tu. asal boleh je guna. janji siap. hehe)



kemudian, bakar di dalam oven. tunggu sampai ia masak. macam mana nak tahu cake tu dah masak? cucuk lidi di tengah tengah cake, dan tarik keluar. lihat lidi; jika ia bersih, maksud nya dah masak. kalau ada kesan cake yang lembik, maksud nya cake masih belum masak sepenuh nya :)



then, waaalaaaa :) dah siap pon. dah masuk perut pon. (tapi bukan perut rose T__T sob sob)



akhir nya, rose buat topping cair untuk cake ni. main balun je buat. nasib baik mereka mereka yang makan ni kata sedappp. rose ingat nak buat topping keras, tapi tak reti, cair je yang menjadi. haha :) yang dalam tupperware tu rose bagi encik cintahati. yang atas pinggan tu rose kasi family rose makan. time tu cousin rose pulak ada, memang habis la dikerja kan. ohh! sorry kalau presentation wajah cake tu tak berapa indah paras rupa nya. ni first try rose buat sorang diri tanpa bantuan orang lain. so, ini saja la termampu.

okay, rose will update more soon. so, toodles.

Monday, November 01, 2010

shawlipop contest.

selamat petang :) hoh. hujan loh sekarang ni. tidak ku sangkaaaa. hehe. seri iskandar ni dah lah jarang hujan, bila hujan macam ni, lebat pulak tu. rasa bersyukur sangat kot. nyaman sejuk. sedappp gila kalau dapat tidur ni. haha. tidur je kerja kau ye nyahh! hehe. hari ni rose nak join satu contest ni. SHAWLIPOP CONTEST! click meh click jom :)

rose dah lah sangat addicted pasal shawl. semua jenis shawl rose ada. rose start pakai shawl since akhir form 5. & melekat sampai skrg. sampai dah tak pandai pakai tudung bawal. tp bila time aktiviti koko terpaksa pakai, tu yang selalu senget benget. rose cuma ada satu je tudung bawal, utk aktiviti koko je. tu pun warna putih je. T__T



dengan tarikh tutup yang tinggal lagi 8 hari. rose pun dengan semangat, still nak join. semangat sebab hari tu dah menang contest kak liyana. mana tahu tuah rose lagi ke menang. haha. berangan je lebih. tapi menang ke kalah kan adat bertanding. tak kesah lah. tak cuba tak tahu kan. so dengan ini, rose serta kan gambar rose yang tak seberapa pun, untuk bertanding dalam shawlipop contest ni. wish me luck okayy. hadiah yangg best boleh di menangi. jom lah join wahai gadis bertudung shawl di luar sana. peluang anda masih ada lagi :)



gambar ni rose kat restoran singgah selalu, danga bay. makan makan sebab birthday my mommy time ni. my mommy, siblings semua ada. di tambah lagi dengan budak budak comot, fana & abey. and budak comel, encik cintahati. mereka yang tolong meriah kan majlis. haha. sorry gambar agak gelap, biasa lah, makan tempat romantik, macam ni la jadik nya T__T

so, all the best untuk semua yang masuk. good luck to me too. HAHA. pihak penganjur, kalau ada apa2 yang terkurangg, bagi tau yupp. thanks :) will update soon. toodles.