masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Friday, August 20, 2010

bowling tips.

selamat pagi! HAHA. lawak je title pagi ni. rose nak kasi tips seh. hebat sangat ke rose ni. tak boleh blah kan :) haih. suka hati la mak enon, mak senah, mah bedah oi. memandang kan kurang dari 2 jam, berdetik nya pukul 8 pagi bertarikh hari ini, 21 August 2010, saya akan berada di foyer FSPU untuk ke Ipoh Parade for the QS Tenpin bowling. sebab tu la pagi pagi ni sibuk nak bagi tips. HAHA.

gambar di bawah adalah kenangan yanggg telah dijalankan (HAHA!) pada tahun 2009. dah setahun gambar ni. masih ingat benda ni semalam, oh rindu pujaan hati. haha. okayy fokus. nak kasi tips ni, kena fokus. btw, tips ini ikhlas dari rose, saya bukan nya pakar, cuma nak berkongsi apa yang ada. maybe ada yang terkurang, maaf la ye ;)



Tips Bermain Bowling (beginner):
Sebelum bermain bowling-
1. Dapat kan tidur yang cukup, tak ada la keesukkan hari nya, dah macam zombie =_=

2. Makan secukup nya, jangan terlalu kenyang. kang korang tak larat nak angkat perut, dah susah kang, macam mana kan.

3. Kalau puasa, bersahur la. nanti pengsan, orang lain yang susah. dan puasa pun terbatal, lagi susah.

4. Tips pemakaian: baju yang selesa (contoh: t-shirt), seluar yang selesa (jangan pakai seluar yang ketat), stokin bersaiz kaki sendiri (bawa stokin sendiri). bagi perempuan bertudung, tudung yang dipakai rapi dan tidak merimas kan. bagi yang tidak bertudung, ikat laaa rambut anda, nanti orang lain yang rimas (!).

5. persediaan mental dan fizikal yang cukup.



Semasa bermain bowling-
1. pilih kasut mengikut saiz kaki, jangan terlalu longgar (biar ketat sikit pun tak apa, jangan ketat banyak sudah la)

2. pilih bola bowling mengikut kemampuan. jika ada sendiri punya lagi bagus, sebab ikut kesesuaian kita sendiri. jika tidak, guna sahaja houseball. jangan guna yang terlampau ringan, atau yang terlampau berat. bagi beginners, guna la 8 atau 9 ;)

3. ketika membuat balingan, jangan la lari, ini bukan nya marathon, cuma beri kan 3 atau 4 langkah ke depan sambil menghayun kan bola ke belakang untuk memberikan force ke atas bola.

4. jangan baling terlampau tinggi, tetapi seret atau tolak kan bola di atas lane. (seperti dalam gambar: teknik atas salah disisi undang undang, teknik bawah betul disisi undang undang)

5. tentu kan kedudukan balingan anda, mungkin di kiri, tengah atau kanan. jangan sekejap di kiri, tiba2 tengah pula, tak konsisten.

6. tentu kan cara balingan anda yang boleh memberikan score yang banyak. samada straight, back up, hook atau pun spinner. (bagi rose, straight and back up sahaja yang termampu)

7. ikut turn; jangan terlalu gelabah atau gabra atau ter-over excited. haha.

8. bagi peserta individu, jangan asyik nak compare kan score sendiri dengan pihak lawan, tu yang boleh makin melemahkan semangat bermain dalam diri. yakin diri anda boleh :)

9. have fun (!)

selesai sudah saya memberi kan tips yang tak seberapa ni, bukan nya terer pun. sahaja suka suka nak cerita kan pengalaman bermain bowling. jika ada kekurangan, maaf la ye. saya bukan la professional player, mahupun pemain handalan dunia. HAHA. harap, tips ni sedikit sebanyak dapat menolong insan insan yang ingin mula berjinak2 bermain bowling untuk masuk ke pertandingan.

will update later soon :)
p/s: happy 2 years 6 months anniversary fairosez. i love you, mister potato ku! ^.^v

3 comments:

  1. Thank for the tip ;-) , harap-harap saya dapat implikasikb dlm pertndingan peringkat daerah nanti..huhu

    ReplyDelete