masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Wednesday, August 11, 2010

hye you, smokers.

selamat petang :)

selamat berpuasa hari yangg ke-7. wah. kejapp je dah seminggu. yeah! lagi 3 minggu then raya. raya je yang tahu kan. saya punye suka laaaa. hehe. kenapa la asik busy je setiap hari, kesian blog kene tinggal. kadang2 sempat bukak je, tapi tak sempat nak update. takpe2. tabah wahai blog. haha. dah merepek petang2 macam ni. dugaan macam2 hari ini. tapi tak pe. im strongg. eceh! :P

ramai ade yangg tahu pasal uncle saya. ade juga yang tak tahu. ini uncle saya, name die Muhammad Suhaimi Bin Anuar. umur die baru 41 tahun. tapi dia dah sebulan lebih duduk dalam ICU. dah dua hospital kami masuk kan die. tapi alhamdulillah, berkat bulan ramadhan yang mulia ni. uncle saya tunjuk kan tanda2 positif. dan insyallah dalam beberapa hari ini, dia dah buleh masuk wad biasa.



masa ni, kat ICU KPJ Selangor Specialist Hospital. Thanks to uncle Razmi for the pictures, uncle seludup masuk camera. mane buleh amek gambar dalam ICU. selamba je. hehe. my uncle kena jangkitan kuman kat paru2 die. at first, dia kene chicken pox. we thought cam chicken pox biase, rupe2 nyee doktor cakap bile kite lagi meningkat usia, lagi teruk jangkitan nye kalau kite kene chicken pox. sebab tu kte tgk kanak2 kene elok je. macam chicken pox biase. tapi bile dah makin tua, chicken pox ni makin mengganas. kes uncle saya lak, chicken pox nya virus tu dah merebak masuk ke dlm paru2 nye. oleh sebab itu, uncle saya susah untuk bernafas. uncle saya terus ke hospital and bile xray paru2 die ada tompok2 putih, maksud nyee ade kuman dalam paru2.

mula2 takut jugak dengar. uncle saya sampai masuk ICU dan tak stabil sbb tak dapat nafas sendiri. kene gune bantuan mesin pernafasan. time ni, kami sekeluarga sangat cuak dan nervous. mase first second week, kami tak duduk diam, uncle saya kurang stabil lagi2 kene chicken pox dan demam. doktor masuk kan ubat bius dan ubat tidur je bagi uncle saya stabil.

pengalaman saya di hospital, saya kene teman aunty saya tidur kat waiting room hospital tu. lawak giler. pagi2 dah kene gi surau nak bersih2 kan badan dan tukar baju. tidur pun atas kerusi. demi uncle tersayang. hehe ;)



after 3 weeks, uncle saya di transfer ke ICU Hospital Putrajaya. kat sini mula2 masuk. banyak sangat dugaan kami sekeluarga. tapi kami tabah dan redha. dan sehingga sekarang, uncle saya masih di Hospital Putrajaya. tapi alhamdulillah. dia dah semakin sembuh. terima kasih kepada doktor2, ahli keluarga dan rakan2 yang mendoakan uncle saya. kami sekeluarga kembali tenang bila tengok uncle saya dah tak payah gune bantuan mesin pernafasan. tapi apa2 pun, kami harap uncle saya makin sihat. insyallah :)

moral of the story: don't smoke. jangan merokok. uncle saya ni paru2 die lambat sembuh sebab die seorang perokok. walaupun dia jarang merokok, hanya sesekali. tapi bahaya merokok tu la, kelak kita akan tanggung. so, please stop smoking.

pesanan ikhlas dari; ROSE.
hari ni, rose jadi skema sekejap. tengok la ayat die. chumel kan. ngee! byee. will update soon. ;)

2 comments:

  1. same la ngan ayah kite..
    kuat gile smoke..skang ni even sakit, still nak merokok tp sikit2 la..

    ReplyDelete
  2. anis : cube la nasihat sikit2. mane twu nty insyallah ayah awak stop smoking ke kan. mane twu. hehe. give him support okay ? :)

    ReplyDelete