masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Monday, August 13, 2012

Resepi Kek Coklat Gebu

Assalamualaikum,

Fuhh ~ kasi tiup itu semua habuk dan sawang yang melekat lekat kat dalam blog ni. Dah hampir 6 bulan rose tak update. Busy la katanya. haha.

Seperti yang dijanjikan, semalam rose janji nak update resepi kek coklat pagi ni, tapi dah tengahari pula, oh sorry. Rose semalam setakat post gambar kat dalam instagram je. Untuk full recipe, details kat bawah. Okay cepat, ambil kertas dengan pen. hehe. Kek ni sesuai untuk semua event, untuk hari raya yang akan datang, tak pun nak saja saja makan pun boleh!

Bahan yang diperlukan:
Bahan A:
2 oz gula pasir
2 oz cocoa powder
1 cawan air
Bahan B:
8 oz tepung gandum
11 oz gula caster
1 buku (250gram) butter
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh vanilla esen
Cara Membuat:

Step 1 - Masak Bahan A sehingga pekat, kemudian ketepikan untuk disejukkan

Step 2 - Pukul butter, gula dan vanilla esen sehingga kembang

Step 3 - Asingkan kuning telur dan putih telur. Masukkan telur kuning satu per satu

Step 4 - Putih telur yang telah di asingkan, pasti kan dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih dan kering. Menggunakan mixer yg bersih, pukul putih telur sehingga menjadi seperti buih sabun

Step 5 - Masukkan Bahan A (Step 1) yang telah sejuk ke dalam mixture (Step 3). Pukul rata. Masukkan juga, tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan putih telur yang telah dipukul (Step 4). Gaul rata

Step 6 - Sediakan loyang mengikut keinginan, letak grease baking paper di dasar loyang, sapu butter di sekeliling loyang. Kemudian tuang kan mixture yang telah di gaul rata (Step 5) ke dalam loyang tersebut


Step 7 - Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree celsius, selama 45 minit, mengikut keadaan oven masing masing. Cucuk tengah kek menggunakan lidi untuk pastikan kek telah masak sepenuhnya
Nota kaki: Ini resepi nenek rose, sebab tu la sukatan kebanyak menggunakan ounces (oz). Topping kek belum dibuat, raya nanti, bila nak hidang, baru nak buat. So, insyaAllah tunggu update on topping kek coklat gebu ni minggu depan. Okay? Selamat Mencuba :)

Monday, February 13, 2012

Holiday in Pangkor.

assalamualaikum :)



it has been a while since my last update. fuhh, curi curi masa untuk update, tengok kesian betul blog ni kena tinggal lama, bersawang sawang sudah. haha. i've been so super busy. with the final exam, and now semester's break, bukan nye cuti pun. i'm on my practical training at Julung Cipta Sdn Bhd. insyaAllah i'll update about it later.

last week, i went to Pangkor Island with my family. stayed there for 3 days and 2 night. slept at Suria Beach Resort in Teluk Nipah. the resort is basically the only place yang still boleh booking, walaupun kiteorang booking 1 months earlier. kebanyakan hotel or resort lain dah fully booked. but not so bad la, only rm150 per night for the standard room with one queen sized bed, a TV, a make up table with a chair, a cupboard for the clothes, balcony (not a sea-views, but, street view =.="), oh and hot shower :) i think our room are the cheapest on the resort, because there is also a chalet (small room houses), family room (2 queen sized bed) and you can rent a bbq set to cook on. weehoo ^.^v


*my precious boy already grown up :)


*my lil bro, tok ayah && lil sis :)
kat sini, semua teksi, pakai van colour pinky. hehe.



on the second day, we went for snorkling and banana boat-ing. haha. banana boat is a must thing to ride on. so damn FUNNNN ! HAHA ;) dari teluk nipah, kalau nak snorkling kena naik bot ke satu pulau kecik (samada ada naik bot yang macam sampan or yang berbumbung) tapi yang syok naik yang macam sampan tu, max 4 orang. fresh sea air bebeh ! hehe. snorkling kat sana, rm15 seorang, siap equipment dan transport. serius ramai sangat orang time ni, nak snorkling macam berenang kat public swimming pool yang kat larkin or pusat akuatik la pulak, siap boleh langgar orang lagi =.="





dua gambar atas ni sangat ngeri kan ? okay, itu kaki my lil bro. time kiteorang snorkling, lepas syok syok menikmati permandangan dasar laut. siap ada coral semua. sangat cantik ;) tiba tiba, adik aku ni rasa kaki dia mcm kebas dan pedih pedih. bila naik je darat, pehh ! kaki dia banyak bintik bintik halus warna hitam. rupa nya die kena tembak dgn landak laut. kesian sehh. cepat cepat kiteorang balik pantai. abang yang bawak kiteorang gi snorkling tu cakap, tak bahaya sangat pun landak laut ni, just perah limau nipis or limau kasturi, nanti dalam seminggu dua benda tu hilang sendiri. lama kot seminggu =.=" redha je la.


*sotong goreng tepung. BESAR PUNYEEEE. HAHA.


*kerang rebus.


*nasi goreng seafood.


*ikan masak tiga rasa.

nak makan kat teluk nipah ? senanggg je. kat sana dah banyak gerai gerai makan. makanan die mostly seafood la. tp kalau korang nak makan burger ada je. tapi ada nasi ayam tu sampai rm6, memang tak masuk akal la. pfft. time malam teluk nipah sangat meriahhhh. nak beli souvenior semua murah murah. kalau nak beli t-shirt pangkor, kena pandai survey sendiri la, ada yang jual murah, ada yang jual harga ntah pape. =.=" so itu je la for now, kalau ada apa apa lagi, nanti rose add on. hehe.

p/s : all pictures taken using my nokia C6. sebab tu tak banyak gambar menarik. gambar2 lain semua dalam camera, but my lil bro ambik bawak balik asrama pulak. pfft. tak apa la, at least we had fun ! so, will update more soon. toodles ~

Saturday, November 26, 2011

getting older !

good morning ! :)


im getting older every year. & today, alhamdulillah, im turning 20 years old. insyaAllah, dengan berkat doa, semoga iman ku akan sentiasa teguh. thanks for everyone, for the wishes on facebook & sms. may Allah bless u guys with happiness and rahmat :)

the first person wish was from my family in Johor Bahru, mama start video call me on 12am, then she started passing around the phone, to my sister, my brother, my grandma & lastly my grandpa :) the second was my precious encik cintahati. & later on, my relatives & fellow friends. thank u soo much ! im really appreciate it.

*berangan dapat kek ni. HAHA =.="

p/s : i miss baking ! =.=" nak buat kek sendiri la mcm ni. tak dapat kek hello kitty, kek lain pun jadik laaa. hahaha.

Wednesday, November 09, 2011

Pink Princess.

assalamualaikum ! :)

just a quick update for today, sebab rose wanna go out & have a rocking day with encik cintahati. hehe. siapa tak kenal nicki minaj ? okayy, dia sangat hot & sexy. tp ni version budak kecik yang sangat comel, yangg wild active betol. she is sophia grace. this is a must watch video. ini budak sangat comel okehh ! tak tipu punyeee. she has been in the ellen show twice or more i think. so, enjoy, peeps ~


part 1 : Sophia Grace with her cousin, Rosie.


part 2 : Sophia Grace & Rosie, feat. Nicki Minaj.

woohooo ! serius tak tipuuu, it was enjoyable right ? soo damn adorable ! hehe. okay, will update more soon. toodles ~