masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Sunday, November 07, 2010

avoid getting nightmares.

selamat petang semua :) rose hari ni mood sangat malas nak belajar. tapi terpaksa jugak kena belajar sebab selasa ni ada exam lagi. rose tinggal lagi 2 paper. next week dah nak balik. tak sabar. woot woot. haha. kelmarin my mommy datang bawak jalan jalan gi jusco ipoh je. sampai sesat sesat. sebab rose jarang gi ipoh tu yang sampai sesat sesat. haha. dapat makan black canyon dan tengok movie. best gila. enjoy gila hari tu. tapi sekejap je. malam tu dah balik kolej dah. sedih mak oh! huhu. tapi tak apa. tinggal berapa hari je lagi nak balik johorbahru tercinta. :)



okay. entry hari ni rose saja nak share tips macam mana nak avoid drpd dapat nightmares. rose setiap malam mesti mimpi. tak mimpi, tak sah. kadang kadang mimpi best, mimpi pergi holiday lah, makan best best lah, keluar dating lah dan bla bla bla. haha. tapi kadang kadang ntah ape ape je mimpi. mengarut mengarut jeh. haha. tapi bila mimpi best, semua suka. tp sape yang suka nightmares? pelik ah kau kalau suka nightmares. haha. so, rose dah buat search yang tak seberapa on macam nak avoid getting nightmares.

pertama, relax kan diri sebelum tidur. pasti kan tidur dengan bantal yang cukup. jangan terlalu banyak bantal, dan jangan pulak tidur tak berbantal. dan jangan terlampau banyak berfikir. relax aja. kan dah nak tidur. apa lagi mahu dipikir nyaaa.

kedua,
pikir positif things sebelum tidur. bayangkan benda yang best best atau plan apa yang kita nak buat esok. so, kita tak kan lupa apa nak buat keesokan hari nya.

ketiga,
basuh kaki sebelum tidur. ini selalu orang orang tua dan muda cakap. haha. tapi seelok nya jugak, time mandi petang or mandi malam, mandi dengan air suam, jangan terlalu sejuk, so, badan anda akan segar sepanjang malam.

keempat,
minum minuman yang boleh kita tidur dengan nyenyak tanpa gangguan nightmares. iaitu minum susu atau yogurt, kalau tak suka minum la teh panas atau hot chocolate. yummy. i like hot chocolate :)

kelima, semasa dinner, jangan makan terlampau berat. dan avoid makan pedas dan makanan yang sangat berlemak. makan light dinner dan banyak minum air masak. makanan pedas dan berlemak akan sebab kan perut kita bergas dan semasa tidur kita akan rasa tidak selesa dengan perut yang dah berangin dan gas. ni yang boleh sebab kan nightmares. T__T

keenam, sebelum tidur cuba laku kan exercise yang ringan ringan. macam tunduk ke bawah, cecah cecah lantai. then tarik nafas kuat kuat dan lepas perlahan lahan. haha. dan sebelum nak lelap kan mata, cuba mengeliat liat kan badan anda. hehe.

ketujuh, yang ni memang sangat penting, sebelum tidur, jangan lupa solat Isyak dan doa minta jauh kan daripada mimpi mimpi ngeri :)

kelapan, jangan tengok atau baca cerita hantu sebelum masuk tidur. memang sah sah hantu tu ikut korang time tidur. HAHA.

kesembilan, jangan tidur dalam keadaan terlampau panas atau terlampau sejuk. kalau pasang aircond tu boleh, tapi jangan sejuk macam kat kutub utara. :)

so, ada sembilan tips supaya anda dapat tidur dari gangguan mimpi ngeri. kalau korang ada tips lain, boleh share dengan rose okayy. rose mengamalkan konsep sharing is caring. haha. okayy rose akan update later. enjoy your day. toodles :)

1 comment: