masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Monday, August 13, 2012

Resepi Kek Coklat Gebu

Assalamualaikum,

Fuhh ~ kasi tiup itu semua habuk dan sawang yang melekat lekat kat dalam blog ni. Dah hampir 6 bulan rose tak update. Busy la katanya. haha.

Seperti yang dijanjikan, semalam rose janji nak update resepi kek coklat pagi ni, tapi dah tengahari pula, oh sorry. Rose semalam setakat post gambar kat dalam instagram je. Untuk full recipe, details kat bawah. Okay cepat, ambil kertas dengan pen. hehe. Kek ni sesuai untuk semua event, untuk hari raya yang akan datang, tak pun nak saja saja makan pun boleh!

Bahan yang diperlukan:
Bahan A:
2 oz gula pasir
2 oz cocoa powder
1 cawan air
Bahan B:
8 oz tepung gandum
11 oz gula caster
1 buku (250gram) butter
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh vanilla esen
Cara Membuat:

Step 1 - Masak Bahan A sehingga pekat, kemudian ketepikan untuk disejukkan

Step 2 - Pukul butter, gula dan vanilla esen sehingga kembang

Step 3 - Asingkan kuning telur dan putih telur. Masukkan telur kuning satu per satu

Step 4 - Putih telur yang telah di asingkan, pasti kan dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih dan kering. Menggunakan mixer yg bersih, pukul putih telur sehingga menjadi seperti buih sabun

Step 5 - Masukkan Bahan A (Step 1) yang telah sejuk ke dalam mixture (Step 3). Pukul rata. Masukkan juga, tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak terlebih dahulu. Kemudian, masukkan putih telur yang telah dipukul (Step 4). Gaul rata

Step 6 - Sediakan loyang mengikut keinginan, letak grease baking paper di dasar loyang, sapu butter di sekeliling loyang. Kemudian tuang kan mixture yang telah di gaul rata (Step 5) ke dalam loyang tersebut


Step 7 - Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree celsius, selama 45 minit, mengikut keadaan oven masing masing. Cucuk tengah kek menggunakan lidi untuk pastikan kek telah masak sepenuhnya
Nota kaki: Ini resepi nenek rose, sebab tu la sukatan kebanyak menggunakan ounces (oz). Topping kek belum dibuat, raya nanti, bila nak hidang, baru nak buat. So, insyaAllah tunggu update on topping kek coklat gebu ni minggu depan. Okay? Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment