masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Thursday, March 31, 2011

birthday big boss !

selamat pagi :) ohh. dah pagi kan? sekarang, pukul 3 pagi ? pagi la tuhh. hoho. rose mempunyai sindrom insomia, dah nak pukul 4 pun mata agak segar lagi. so how ? siapa siapa nak bantu, bagi tips macam mana nak kurang kan insomia, tolong leave kat comment sides okay. thanks, really appreciate it a lot, guys ! ^.^v


back to the topic, 3B (birthday big boss). yes, semalam birthday my papa. yang ke 44tahun. ouh ye. satu permintaan, tengok gambar atas ni, click untuk enlargement, then zoom zoom, sama tak muka kami? haha. ramai yang cakap, muka rose copy paste photostate muka papa. so, *wink wink ;) rose muka papa versi perempuan. T_____T haha.


papa's daughters ! 3 anak dara papa. from left : Rose Natasha (anak first, 20years old), Rose Suraiya (anak last, 2years old), Rose Nadia (anak third, 15years old). anak laki papa, nanti nanti la, masuk entry lain. hehe T____T

disebabkan semalam birthdayy papa, so, apa lagi, keluar dinner, dekat seksyen 13, makan seafood sedap sedap kat restoran tupai tupai. delicious lagi sedappp ! ouh, and encik cintahati pun ikut sekali. tak ada sangat gambar time dinner tu, sebab semua kelaparan and dapat makan ketam, semua tak ingat apa dah. haha :) tapi, rose ada snap guna camera fuji instax rose, ada la dalam 4 keping jeeeee T______T tapi gambar tertinggal kat rumah papa, so, nanti nanti sahaja la scan. haha.


and surprise that papa got last night, is this cupcakes from Little Darling Cupcakes. thanks to the owner, sally, sebab dapat siap kan cupcakes ni less than 24 hours. sorry sebab rose order lambat, ni semua last minute punya arrangement. huhu. foudant cupcakes ni, 16pcs - rm60. & cupcakes ni rose gi ambik dengan encik cintahati kat seksyen 8. and thanks to naim, our coursemate, sebab bagi pinjam kereta. and sorry sebab berlaku kejadian yang tak diingini. tak nak cerita, nanti mood lari T_____T kan dah lari. so, hurm, will update more sooner or later. toodles ~

Tuesday, March 29, 2011

Contest I Love My Friends !

selamat tengahmalam semua ! haha :) entry sebelum ni, ramai frust sebab rose join contest yang melibatkan orang kesayangan cintahati pengarang jantung laaa apa la kan. so, contest yang rose nak join ni, everyone can join it. come come ! join ! dah, tak payah sedih, yang tak ada buah hati, insyallah suatu hari korang akan dapat orang yang akan sayang korangg, dan jaga korang. insyallah. cuma maybe belum rezeki. but, who knows kan ? so, contest kali ni, it's about your FRIENDS ! CONTEST I LOVE MY FRIENDS ! weehoo :D


pihak penganjur, atau senang dipanggil dengan panggilan MTT :) contest ni senang nak di join oleh semua orang. so, semua orang senang hati, hadiah maybe berupa wang tunai jugak. hadiah yang terbaik untuk student student macam rose ni yang perlu kan duit untuk meneruskan liku liku hidup sebagai seorang student *apa kaitan ? HAHA T____T walau apa apa pun, meh kita tengok gambar yang rose pertaruhkan untuk contest ini !


tadaaaaa ~ hehe :) gambar rose with my bestbestfriends forever ! even ada yang tak cukup forum ni, I TETAP SAYANG YOU ALLS ! HAHA. ini time kami beramai ramai, konvoi beraya dari satu rumah ke satu rumah kawan kawan. dari taman suria, sampai ke taman impian emas skudai. raya sakan la kata kan. setahun sekali je baru kteorang dapat gather ramai ramai macam ni. the best time of the year. walau pun time ni nabilah single lagi, tapi sekarang dah bergelar isteri orang, insyallah, kau still boleh join macam ni lagi kan nabilah ? please say yes, & of course laki kau boleh ikut ! HAHA.

rose tag budak budak dalam gambar, korang yang ada blog, join ler jom. haha. in this picture (from left) : RoseNatasha, KamalFaiz, NurulAtika, NurShuhada, Rusydiah, Zarriq, SitiNabilah, FanaOmar, FanaaHafiz, SolihinRessang, NanaMansor, SyanizaSufian.

okayy, done for this contest. good luck to everyone ! :) will update more soon. toodles ~

Monday, March 28, 2011

Contest Sweet Couple Paling Cool & Comel !

selamat petang semua ! entry rose hari ini, is all about contest. rose tengah tak ada mood nak update apa apa buat seketika, so, mood rose semua beralih nak join contest sahaja ! weehoo ! :) so, contest ni about your love ! contest sweet couple yang paling cool and comel. rose memang tahu, yang rose & encik cintahati, bukan la paling cool & comel. tapi apa salah nya masuk kan kan kan ! cuba nasib selagi boleh. haha.


pemilik blog ni, senang mengelar kan diri nya dekcik. how cute kan, dekcik ! :) blog yang sweet, she & her boyfiee pon sweet ! hehe. walaupun tarikh tutup untuk contest ni dah dekat, but, still nak join. hadiah berupa wang tunai rm50. & one winner only that will be chosen. so, good luck to all ! :D dan gambar yang rose pertaruh kan is di bawah ni.


gambar rose with encik kamalfaiz ! :) gambar is taken at singapore, time holiday mid term hari tu, with boyfriend & girlfriends ! happy gila time ni. hope, cuti nanti nak holidayy lagi dengan kawan kawan. yeah ! end of this contest. tunggu for the next entry yupp guys :) toodles~

Sunday, March 27, 2011

glee version of justin bieber !


glee version of justin bieber !
damn ! I LOVE GLEE !

p/s : btw, my favourite character is QUINN FABRAY ! wish there were glee club in UiTM. HAHA T_____T

Tuesday, March 22, 2011

Free McDonald Coupon !

selamat pagi semua ! rose bangun bangun pagi ni, hasrat ingat nak sambung kerja tangguh malam tadi. tapi, tup tap tup tap, facebook dulu ! HAHA. pastu, tetiba merayau page McDonald Malaysia. sebab lapar punye pasal KOT ! kesian kan. tapi tak apa, today, the whole day, kelas semua tiada. weehoo !

sambil cuci mata kat menu menu breakfast McDonald, terjumpa kupon free 2 big breakfast, with minimum purchase of rm5. expired date, 31 March 2011. sempat lagi, ada lagi 9 hari. haha. jimat kan ? beli la dua milo ais or cukup kan belian rm5, then tunjuk kupon, then mintak 2 free big breakfast.

download coupon : click [HERE]

p/s : coupon ni, better print colour. sebab ada McD yg tak terima black & white :) kalau terasa rugi print besar, apa kata crop yg bawah tu je. jimat sikit. hehe. enjoy breakfast everybody !

will update more soon ! toodles ~

Saturday, March 19, 2011

love letter from nuffnang !

good evening semua ! :) ini cerita 2 minggu yg lalu. mmandang kan hidup rose makin hari makin busy, sorry tak dapat update entry baru. assignment, report, presentation berlambak sangat terlampau. itu la kehidupan seorangg student T_____T


nampak tak muka bengang rose tu! tu jadik since rose tolak cinta encik nuffnang 2 minggu lepas. encik nuffnang bagi surat cinta kat rose, dia ajak rose kuar dating tengok wayang, die tak kesah kalau rose bawak encik cintahati rose sekali, cik rose pun reply dengan berbangga hati sebab encik nuffnang ajak tengok wayang tapi buleh bawak encik cintahati, tapi bile malam yang kami dah janji nak jumpe, cik rose pulak tak datang. encik nuffnang, sorry cik rose tak dapat datang the curve hari tu, rose busy sangat, lagi pulak tu tak ada transport. sedih sangat tak dapat tengok wayang dengan encik nuffnang. huhu. bukan rezeki kita kot untuk jumpe, tapi encik nuffnang, jangan la sebab ni encik nuffnang tak nak keluar dgn rose lagi tau. T______T


HAHA. bukak link [sini] untuk tahu cerita sebenar. actually nuffnang, buat contest untuk premiere screening cerita Mars Needs Moms. top 30 creative contestant yang jawab "kenapa mak kamu yang paling best kat dunia ni?" akan menang 2 tiket gi tayangan premium kat The Curve, Damansara 9March2011 pukul 9.30 malam. rose pun saja taruh nasib masuk contest ni, tak tahu la pulak boleh menang. tangan ni saja gatal masuk, alhamdulillah dah rezeki menang. ayat yang rose pertaruh kan kat bawah ni. click untuk tumbesaran okayy !


ayat dan kata kata tu semua benar. semenjak mama rose beli hnfon same dgn rose, dia selalu nak 3g je. sangat terharu tau. tapi kadang kadang, mama rose selalu call wrong timing. kadang kadang tgah class pun buleh call. hurm, mama mama. haha :) saya sayang mama saya ! weee. & pasal robert pattinson tu, memang kat bilik mama saya ada poster robert pattinson. gila hot, sebelum tidur dapat tengok robert pattinson dulu. haha.

love letter 1 : encik nuffnang, bagi ticket free ajak tengok movie. rose terus confirm, konon confident dapat pi tengok cerita tu, tapi tak pikir nak pergi naik apa & macam mana nak balik, sebab rabu malam pulak tu, esuk kelas pukul 9.30 T______T

love letter 2 : after confirm kn konon akan datang. encik nuffnang bagi email lagi. dia tak sabar nak jumpe rose kat the curve malam tu. tapi last last rose tak datang. sorry T____T

HAHA. love letter laaa sangat kan. apa apa pun. encik nuffnang, sorry sebab tak dapat datang hari tu. rose ni student yang berdedikasi. tak nak la ponteng ponteng kelas. attendance ada markah masuk exam tau. study lagi important kan kan ? haha. poyo lebih rose. encik nuffnang, kenapa tak nak buat premiere screening hari sabtu ke ahad ? :P

p/s : rose banyak benda nak cerita, tapi masa tak mengizin kan rose nak update banyak banyak setiap hari. kalau ada masa, rose update. kalau tak ada, kene stay tuned. hehe. will update more soon. toddles :)

Tuesday, March 08, 2011

a coffee shop story !

selamat malam ! :) haha. padahal tgah maghrib ye ni. bagus anak dara macam ni online time maghrib maghrib. aok, kmek tauk, sik bagus online time tok. hehe. korangg translate sendiri ye. laen kali rose bukak kelas beginner ajar bahasa sarawak. okayy ! rose poyo. T____T


blog rose klu tak ada pasal makanan, tak sah. rose suka buat review on makanan, & tempat makan lately ni. malam ni, rose saja nak korang cuci mata dengan makanan yang delicious tapi harga pun buleh tahan delicious. haha. tapi, kalau korang tu student yang macam rose ni, kalau setiap hari makan tempat macam ni, mahu puasa the next month. HAHA. entry kali ni al kisah cerita kedai kopi. ni bukan lagu cerita kedai kopi tu haaaa. ni restoran kedai kopi, bersebelahan tasik shah alam :)

restoran kedai kopi ni, bagi rose, a quite nice comfy restoran. tak bising. tenang je. sebab betol2 bersebelahan tasik. rasa tenang & nyaman je. sebab redup dengan pokok pokok yang lebat daun nyaaa. haaa, rase romantik tak hati bila dapat makan tempat tenang. haha. but, yang tak best nyaa, service kat sana, agak kecewa, sebab waiter or waitress kat situ macam bajet bagus. okayy sorryyy. ayat lembut, agak tak mesra. muka masam. letak air pun macam nak hentak hentak. nasib baik kteorg tak hentak kepala anda wahai waiter. *okay, rose sedang bertenang sekarang ni. walau apa apa pun. makanan dia superb, memang sedapp la. tak rugi makan kat situ pun. hehe.

Fried Loo Shee Fun !
*sedapppp, ala ala macam kuew tiaw.

Beef Noodle !
*daging dia sedappp gila !

Nasi Goreng Cina !
*not bad. keropokk dia sangat best !

Nasi Goreng Melayu !
*first time rose dengar nasi goreng melayu. haha.

Kopi O Ais !
*dah makan kat nama kedai kopi, order pun kena la KOPI. HAHA.


para hadirin jemputan. sepasang couple sangat sweet ! haha. sorang dari sarawak, sorang dari shah alam. & ada sorang lagi, tapi tak ada dalam gambar, encik nazreen juga dari sarawak. eh dan juga encik cintahati, dari johorbahru. haha. kami memang selalu sangat hangout keluar bersama sama. pergi mana mana pun selalu bersama. dah macam adik beradik. haha. best sangat ! pada hari tu jugak, kami discover air tin coke menari tanpa henti dari mula makan until habis makan. haaaa, cecite cecite. T_____T hahaha.


ini bukan gambar dari fisheye. tapi viewfinder fisheye yang dicabut, dan diletakkan di depan kamera handphone dan diambil gambar banyak kali sampai naik fed up sebab benda tu tak nak stay in place. korang paham ke apa yang cuba disampai kan ? HAHA. sekian untuk entry ini. will update more sooner or later ! toodles ~

Sunday, March 06, 2011

JANGAN pandang camera !

selamat malam semua :) rose sekarang ni sangat busy. busy study ke busy berjalan ? hehe. rose busy kedua dua sekali. so, rose agak malas nak update cecite cecite semua sekarang ni. nanti nanti okayyy. tapi, tetiba rajin nak join contest. haha. contest malam ni, sangat senang, tak serabut kepala. contest jangan pandang camera. rose banyak sangat gambar yg tak pandang camera, so, agak susah nak pilih mana satu T_____T


JANGAN pandang camera contest ! yang best nyeeee tarikh tutup dia lama gilerrr. end of april baru tarikh tutup, so, sempat lagi koranggg semua nak join. best of luck to all. hehe :) gambar yg rose pilih untuk dipertaruh kan is....... *kat bawah ni. haha :)


gambar at singapore, holidayy dengan boyfiee && bestfriends ! captured by AnasAzmi. time ni tgah makan mashed potato 7eleven. 1 dollar. sebab konon save budget. ikat perut ni la konon nyeeee. tapi last last, semua tak tahan, makan jugakk kat singapore tu. haha. best holidayy ever soo far ! weeee ^.^v will update more, sooner or later.

ouh. almost forgot. wajib tag 3 orang : * Epul Bedak Sejuk * Nurul Atika * Epul Bebeh *

p/s : come & visit Fairosez's Shop if you likeee shopping ! hehe :)

Tuesday, March 01, 2011

let's eat more food !

assalamualaikum :) selamat pagi ! *woot woot. haha. hari ni, sekali lagi berjumpa dalam siri siaran langsung bersama rose mengenai makanan. ye makanan. makanan atau mat salleh nye kata FOOD ! HAHA. korang pernah tengok restoran cina, yang setiap malam pack dengan orang orang bersantap ? mesti pernah kan. ada yg tak pernah ? okay, sila buat buat pernah. apa kaitan dengan restoran cina pulak ni ? good question ! restoran cina sah sah, tertera non-halal nya, sebab mereka makan khinzir atau senang cakap babi. di sini, rose bukan nak racist ke apa, tapi rose cuma insan biasa yang cuba nak cerita about restoran cina yang halal untuk umat Islam di sekitar Klang Valley. wahhh ~ ada bakat untuk jadi promoter lepas ni T______T


ni bukan calang calang restoran okayy ! this is Restoran Mohd Chan Abdullah. restoran makanan cina muslim :) kalau korang korang terasa nak makan masakan cina, tapi konfius halal ke tak, jangan ragu ragu jangan segan segan. jom kita pergi makan kat sini. rose pergi sini with family rose awal bulan februari hari tu. terus rose macam suka giler tempat ni, sebab menu dia semua hebat hebat. dari main dishes, sampai dessert :)

menu wajib cuba :
Nasi Ayam Mohd Chan Abdullah (BBQ / Roasted Ayam)
Susu Soya Segar
Limau AsamBoi

restoran mohd chan abdullah ni dah banyak bukak cawangan. sebut je nak kat mana, semua ada, okayy rose tipu. haha. kat area klang valley jeh ada. kat sini ada senarai cawangan for restoran ni. untuk uitm student macam rose ni, kalau rajin pergi la makan kat area klang sentral sane. *wink ! HAHA ;)

p/s : hari ni, blog genap umur 2 tahun ! sukaaaaaa. && sorry lama dah tak update, rose busy sikit lately. hope korangg bersabar nooo. hehe. will update more soon ! :)