masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Monday, January 31, 2011

the original of rose !


the things that the readers should know about rose natasha ! HAHA. blog ni umur dah setahun lebih, tapi baru sekarang rose nak cerita, siapa rose ni. some people might know. but, some might don't. so, rose saja nak expose sedikit tentang siapa diri rose ;)

1, pada tahun 2011 ni, rose akan menjangkau usia 20tahun. that's a huge number ! T___T

2, rose ialah seorang yang agak gemuk dan tidak tinggi.

3, rose suka sangat makan ice-cream ! lagi lagi, sorbet !

4, rose tak suka pakai lipstick, tapi suka pakai lip balm atau lip gloss.

5, rose dah ade encik cintahati, yang sama umur, sama tempat belajar, sama course, tapi tak sama kelas. haha.

6, muka rose bulat, tapi rose suka pakai shawl, sebab rose ada shawl je, tudung bawal cuma ada satu warna putih. HAHA.

7, rose budak uitm shah alam. fakulti seni bina, perancangan dan ukur. kursus ukur bahan / quantity surveying.

8, rose lahir di selangor, tapi dibesarkan di johorbahru ;)

9, rose suka masak masak && makan makan !

10, high heel atau wedges ? rose kurang gemar kan nya. rose suka pakai flats, sandals dan selipar !

11, rose lagi selesa pakai baju kurung pergi kelas. tapi bila rasa baju tu asyik ulang ulang, baru rose pakai seluar =="

12, rose suka sangat main games ! tak kira apa apa devices, janji ada games, semua rose layan !

13, rose suka try new things :) contoh macam foods or facial wash. tak kesah pakai facial wash apa. janji nampak macam bagus, rose pakai ! hehe.

14, rose loves perfume ! new perfume ! siapa nak bagi ? teheee.

15, every month, duit rose kebanyakan habis untuk beli magazine ! T____T

16, rose tak ada diploma, sebab rose terus lompat / fast track dari diploma semester 3, terus lompat degree semester 2. tak bermaksud rose pandai, tapi dah rezeki, rose terima saja. cuma, rose harap korang doa kan rose boleh berjaya dalam hidup. terima kasih ;)

17, kalau kat mcD, rose suka makan double cheeseburger. takpun spicy chicken mc deluxe. hehe. tapi dulu mcD pernah ada ayam goreng crispy, tuh rose suka giler ! tapi semenjak takde, i stick with burgers ! HAHA.

18, umur laptop rose dah nak masuk 4 tahun. since rose form 4 rose guna laptop ni. dia sangat berjasa. ouh ! sayang kamu laptop, walaupun makin hari anda makin slow. huhu.

19, rose jenis orang yang paling cerewet bila nak beli barang, kalau 1 jam atau 2 jam. macam tak cukup. sebab nak survey survey lagi. nak belek belek lagi. memang cerewet la senang cakap. haha.

20, rose seorang yang setia. rose tak akan lupa kawan. dan rose cuma ada sorang je encik cintahati. berkawan biar beribu, bercinta berkahwin biar satu. hehe ;)

21, rose seorang yang kuat berangan. tapi kuat berangan pun, rose akan cuba capai apa yang rose berangan kan tu. tak salah kan ? haha.

22, alat musik yang rose reti main is piano && guitar. but basic basic je.

23, photography && lomography is my interest ! ;)

24, bahasa yang rose reti speak && write is malay, english & sarawak malay language. hehe.

25, rose macam budak budak sikit, sebab rose suka tengok cartoon ! disney channel is my favourite channel ! *wink ;)

26, rose suka gila hello kitty && mary-kate and ashley olsen ! ^.^v

so, tuh saja kot yang rose boleh pikir kan buat masa ni. cukup la kan 26 things about rose natasha ! hahaha. need to know more. keep reading my story. hehehe. rose will update more sooner or later. adios ! esuk nak masuk singapore with my girls and boys ! oyyeh ! ;D

Saturday, January 29, 2011

gelato fruity !

selamat malam ! haha. okay, hari ini dah hari ahad, semalam hari sabtu. johorbahru sayang, i've arrived safely last night ! hehe. rose makin hari makin agak sengal sejak dua menjak assignment keliling perut. dah tak keliling pinggang, sekarang keliling perut, sebab dah terlampau banyak. haha. rose twu semua pun mesti macam stress bagai sebab assignment, tp hati bagai berbunga riang sebab dapat cuti seminggu. so, dengan itu malam ni, rose saja nak buat orang terliur, mari kita cuci mata dengan ice cream yang nampak delicious, rasa nya ? tentu pun sedapppp. *wink wink ;)

location : gelato fruity - midvalley outlet.
with : family && boyfieee ^.^v
time : sehari sebelum masuk uitm shah alam T____T

choosen flavour : baby blue (sangat best !) , bubblegum (terlebih manis) , strawberry yogurt (terlebih masam) , strawberry pineapple (just fine !)


Gelato Fruity - Italian Ice Cream ! rose memang peminat setia ice-cream. almost semua kedai ice-cream in malaysia rose dah try. semua ade kelainan nye tersendiri. but for gelato fruity, it made out of real fruit. siap topping pun fresh fruit. jangan main main haaa. haha. check out their website. CLICK HERE !


if korang nak kelainan, why not try gelato fruit. rose boleh confirm korang mesti suke. btw, harga for the ice cream bukan ikut scope, but ikut berat. tak silap rose every 100g harga nye rm6.80. satu cup kecik tu around rm8++. kat website gelato fruit, ade senarai outlet && senarai menu for the ice cream. just pick which one you like ;) haha. kat johorbahru, hari ni sepanjang hari hujan tak benti benti. rose best dapat duduk rumah, jimat elektrik, tak payah on kipas pun. & best dapat tidur atas katil kesayangannnn. is good to be home ! ;D

korang korang, sorry lately ni rose jarang update blog. kinda busy with study stuff, and line kat kolej macam tutt sikit. kejap ada kejap takde T___T harap bersabar sahaja ye. but, rose tetap akan update apa yang termampu. thanks for reading you guys ! really appreciate it. will update more on interesting things. but for now, toddles. happy chinese new year ! angpau mari ! hehehe.

Monday, January 17, 2011

young-ster !

selamat pagi semua ! sihat tak pagi ni? hehe. life skrg ni kat shah alam memang boleh tahan best. tapi kena tahan sikit la, duit asyik bocor je, banyak ouh duit abes. tutup mata saja laaaaa cenggini. haha. rose pagi pagi ni ttibe teringat zaman waktu kecik kecik dulu. yang comot comot selekeh selekeh tuh. bila usia dah nak menjangkau 20 tahun ni. mula la hati ni tibatiba nak mengimbau masa lampau time muda mudi dulu. time sekolah rendah dulu. HAHA.

thanks kat dyana sebab dia dah tolong scan gambar gambar time rose sekolah kat taman suria dulu. gila selekeh bila rose tengok balik zaman sekolah dulu. gila comot, gila comel? haha. rindu badan comel masa dulu, sekarang dah macam apam kena pam angin kat badan ni. bila la nak kurus balik macam ni? ada harapan tak rasa nya? HAHA rose berangan saja pagipagi ni. huhu.



click pada gambar untuk tumbesaran besar. tengok tengok, mana tahu salah satu tu kawan korangggggg. haha. cuba carik rose yang mana. cuba la carik! rose paling otai sebab rose je pengawas yang tak pakai tie. hebat tak? HAHA. pernah sekali dulu rose kantoi, kat perhimpunan sebab tak pakai tie. tak pasal pasal kena ketuk ketampi, semua pandang pulak tuh. malu gila time tuh, sebab tu ingat sampai sekarang! pengajaran oi! after tu, terus rajin pakai tie. haha ;D




okay, yang dua gambar ni time darjah 6. time ni badan dah sedikit demi sedikit meningkat. biasa la, time ni selera makan baru naik membuak buak. lagi lagi, rumah dekat, setiap kali balik nenek rose dah masak sedap sedap. apa lagi. hahaha. gila menyesal dulu makan banyak, sampai sekarangggg tak turun turun walaupun selalu tak makan. nampak sangat metabolisme badan rendah T____T sedih !

haha tidak perlu sedih, cuma kena usaha lebih ! eceh ! okay la, rose dah nak pi siap siap gi kelas. kat uitm shah alam dah tak sama dengan uitm seri iskandar dulu. dulu, boleh la kalau nak keluar bilik 15 minit sebelum kelas, sekarang ni 1 jam sebelum kelas dah kena keluar bilik. fakulti jauh la bai ! atas BUKIT ! yehaaa ! haha.

p/s: teringin nak menang iPad, or MacBook or iPhone or apa apa barang jenama Apple. senang jeh. beli milo, buat milo, minum milo && masuk contest MILO FUSE hahaha. senang oi ! toodles ! update later soon ;)

Friday, January 14, 2011

the reasons !

assalamualaikum semua ! entry malam ni rose akan nyata kan the reasons kenapa rose tak dapat update blog selama hampir sebulan nih ! sebelum tuh, rose nak mintak maaf kat sesiapa yang tag rose, or follow blog rose tak seberapa ni. mintak maaf sangat, sebab tak dapat nak blogwalking blog korang sangat sekarang ni T____T maaf.


pertama, rose sekarang dah bergelar pelajar bachelor of quantity surveying (hons.) kat UiTM Shah Alam. rose dapat terima penyerapan dari diploma semester 3, terus lompat ke degree semester 2. sebab tu la rose agak busy dalam tempoh proses nak tukar tukar ni.

kedua, alhamdulillah segala proses pemindahan pertukaran berjalan dengan lancar. rose dapat kemudahan kolej di teratai 3. dan pulak tu, broadband kat sini line dia macam siput sedut tersekat sekat. HAHA. mengalah kan kat perak pulak. T___T

ketiga, setiap hari merupakan hari yang busy. so rose tak dapat nak spend time sangat nak online online ni. kesian ouh ! ;(

keempat, setiap hari merupakan hari yang penat. sebab fakulti atas bukit, kena daki tangga setinggi tinggi tangga batu caves. hahaha.


HAHA entry ringkas malam ni sebab mata dah mengantok sangat ni. rose dan encik cintahati sekarang ni dah sama tempat belajar. senang hati dah sekarang ni. dah tak risau risau dia jauh nun di seberang. hehe. apa apa yang penting ke sini nak BELAJAR ! yeah ! resolution tahun baru nak jadik rajin dan tak mahu malas malas dah ! hehe ;)

btw, rose dah ramai gila kawan sarawak. and i'm loving them. and kamek dah pandey klakaa sarawak sikit2 jk la. haha. tapi, i miss my ex-classmate kat perak soooo much ! bila kite nak jumpa ni T___T ;'(

okayyy ! goodnight semua ! esok nak jalan jalan gi dating ^.^v toodles.