masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Saturday, September 11, 2010

happy eid mubarak.

selamat malam semua. mesti semua tengah semangat sebab dah raya. dah sebulan puasa. so semangat la tu. hehe. hari raya kedua baru nak wish to all blogger kan. busy la i dua tiga hari ni. biasa la. anak dara rajin. HAHA. mesti semua dah rasmi pakai baju raya baru. korang nya tema tahun ni warna apa? mine is coklat elegant. wah! mesti langsir baru, kusyen baru, cadar baru, perabut baru, kasut baru, semua nak baru la. terlebih sudah. haha. tak la. yang sederhana cukup la kan. buat apa nak lebih lebih. ingat lah orang yang tak berkemampuan, yang kekurangan. kita yang ada lebih sikit. beri beri lah pada yang kurang. insyallah. pahala ramadhan tahun ni, insyallah berlipat ganda :)



kepada adik adik ke abang abang, tak kurang jugak kakak kakak yang still perasan muda yang masih main mercun ke bunga api ke. berhati hati la ye. jangan sampai ada yang raya berduka berbalut balut lak. haha. tak kurang mak mak ayah ayah pakcik pakcik makcik makcik. okayyy, annoying buat double double ni. hehe. berhati hati di jalan raya, nak beraya berkunjung ke rumah sanak saudara ke teman teman ke, so, kena la becareful. bertolak ansur di jalan raya la yeeee. mesti korangg makan sedap sedap pagi raya semalam kan. menu saya semalam, lemang with rendang daging yanggg fabulous sedappp giler, nenek ku tersayang buat. siap ratah macam tu je. oh. terkenang rendang tu. tapi dah habis, di balut cousin and adik adik. huhu. tak pe. nak belajar buat rendang la after this. =_=


so, memandangkan tak dapat makan ketupat tahun ni, so, tengok gambar ketupat je la. okayy. dah kenyanggg. HAHA. so, dengan kesempatan ini. saya, Ros Amirah Natasha Bt Mohd Rosli. seorang gadis kelahiran selangor, tetapi dibesarkan di johor bahru ingin mengucap kan selamat hari raya aidilfitri. ampun maaf dipinta kepada semua pembaca, jika ada entry yang terkasar, terbuat korang korang kecil hati atau i ni terlalu annoying. saya ni susah nak kawal bahasa nya. nobody perfect right. hehe. so, silap dan salah. harap dimaafi. jemput lah datang rumah ku yang tak seberapa. kuih muih semua, bukan saya buat. saya tunjuk je, dah siap. haha.

so, apa lagi? jom kutip duit raya. =_= okayy. will updates soon. toodles. enjoyy your raya :)

Wednesday, September 08, 2010

Contest L Untuk Liyana.

selamat petang. saya hari ini semangat giler, pagi pagi bangun kemas rumah. lepas penat rajin kan diri, saya pun snap snap gambar posing posing sebab nak masuk contest cik ynn comel ni buat. contest yang bernama L Untuk Liyana. contest dia senang je. nak tahu rules, click banner comel kat bawah ni. and hadiah dia, misteri serta boleh dapat duit raya tau. hehe :)


first rule:
5 points kenapa saya suka sangat blog liyanaa.com.

pertama; saya setiap hari kalau online, saya wajib akan buka blog Liyana Lunia. kalau tak percaya, roomates saya boleh tolong jelas kan satu per satu. sebab kenapa? sebab setiap hari cik ynn akan updates blog dia kalau dia tak busy. entry dia semua nya menarik menarik. saya tak tipu. ini benar. every entry yang cik liyana updates semua nya boleh buat saya hilang tension. sebab saya suka membaca, tak kira apa cerita sekali pun, tetap akan! lagi lagi kalau akak liyana ni punyaa blog. hehe.

kedua; penulis blog Liyana Lunia ni, cik ynn yang comel ni sangat creative orangg nya. header dia dari sotong pink yang sangat gila comel, ke cik ynn duduk dating dalam kereta dgn taylor laurtner dan sekarang pula ada seorang gadis ala ala cik liyana dengan rambut retro ber-headband ribbon pink! memang super power la fresh idea. sedap je mata memandang every time visit blog kak ynn. yang latest ni la my personal favourite. *wink wink ;)



ketiga; seterusnya pula, blog Liyana Lunia ni, colour based dia pink! kebanyakan nya pink in colour. iaitu pilihan setiap hari saya. pink pilihan hati. saya suka pink pink. pink warna ketenangan. bukan warna gedik okayy. itu warna kecomelan. sebab tu kalau nak comel, cuba pakai pink, serius korang ada yang puji comel. macam kak liyana comel :)

keempat; yang keempat pula, blog Liyana Lunia ni ada macam macam resipi yang mudah simple easy senang dibuat, dimasak, dilakukan. lagi lagi orang yang busy dan pemalas macam saya ni. resepi resepi cik liyana semua nya simple as ABC, bukan air batu campur ye =_= tapi simple as one two three. haha. contoh terbaru, cookie famous armours. masa tu saya tengah google resepi chocolate chip cookie. tengok tengok cik liyana baru je post pasal resepi ala ala famous armours cookies. so, saya pun dengan senang lenang nya ambik. tapi tak kesempatan nak buat lagi. esuk maybe nak pergi beli bahan bahan buat. maybe laaaa. sebab dapur sekarang digunakan oleh nenek ku, dia sedang buat kek bahulu lapis yang setiap tahun nenek saya akan buat, memang harapan saya nak guna oven until raya =_=

kelima; yang terakhir pula, blog Liyana Lunia ni teratur, tak serabut langsung. senang nak cari samada tutorial ke, tips ke, resepi ke, nak carik tuan blog tu ke. senang okayy. sekejap je sudah jumpa. senang cerita, sistematik teratur. tak serabut kan kepala otak yang kadang kadang sedang mencari ketenangan.

so, itu la kelima lima sebab kenapa saya suka sangat baca and mengikuti perkembangan blog Liyana Lunia, penulis blog yang comel yang dikenali sebagai kak ynn, yang ada kucing gebu giler nama nya chibi. HAHA.

second rule:
sertakan gambar yang over over lampau gila over berserta tangan berbentuk L untuk liyana (tu aku over tambah!) HAHA



cukup over tak? ada chan ke nak dapat duit raya dari empunya blog Liyana Lunia? penat buat muka macam tu okayy. hargai la sikit. HAHA. =_=

dengan itu, berakhir la entry untuk contest L untuk Liyana. penat brainstorming ni. hehe. lagi berapa jam je dah nak buka. sabar ye perut. okayyy. nak chow chin chau dulu. nak prepare prepare kan perut. opss. haha. will be update soon. *toodles.

Monday, September 06, 2010

i am JOHOrean.

selamat pagi pagi buta. oh. saya tak tahu kenapa mata ini masih tidak mahu tidur. maybe dia nak tunggu sahur terus kot. haha. sabtu lepas saya ada plan besar punya dengan member member dan buah hati pengarang jantung saya tu. memang terhangat di pasaran la senang cerita. padahal baru je sampai johor bahru tercinta, bukan nya terus balik rumah. enjoy enjoy bersama teman dulu. of course! haha. tak ada la, my mom tahu okayy. saya kan budak baik. anak mak. HAHA. btw, insyallah selasa and rabu ni pun ada pelan baik punyaaa. *tunggu ;)



apa plan saya yang besar sangat tu? sabtu lepas Joho Concept-Store anjur kan satu event nama nyaa PASO BUMBONG kat rooftop plaza seni johor bahru. kenapa aku semangat sangat nak pergi. of course kena semangat. saya kan JOHOrean. walaupun lahir kat selangor. tapi dah sepuluh tahun menetap kat johor bahru. mesti la mengaku anak johor. sekolah pun kat johor. buah hati pun orang johor. makin la saya sayang kan johor! haha. so, back to the topic. saya pun, dengan semangat, sampai sampai je larkin pada hari sabtu itu, terus ke plaza seni bersama sama rakan rakan ku tersayang. oh! miss them so much okayy. lagi lagi tengok miss fatin menangis keriangan tengok kami datang. lagi la terharu. huhu.



btw, apa yang best sangat paso bumbong ni? kat sane ada jual macam macam. baju seluar beg topi makanan cupcakes and ada jugak air botol sudin. tu yangg i paling suka. unik bangat. joho memang rawr! event dorang awesome hebat gila. serius, nanti nak pergi lagi. i like. 5 bintanggg! hehe. and my miss fatin tu buka her fairy's cupcakes booth. sangat best! rindu gila cupcakes dia. hehe. so, agak agak nya korang boleh teka tak apa yang saya beli. of course la baju JOHO be responsible. the latest edition. sangat fresh. orang johor memang bertanggungjawab dan berpikiran luas :)




every events mesti ada photographer nya kan. kali ini, saya import buah hati saya saja yang jadi tukang tangkap nya. hehe. tapi saya tak dapat lagi full version of the pictures. so, korang kena tunggu. wait and see okayy. hehe. to JOHO, sorry saya culik gambar gambar baju anda. ni cara untuk promote kan? haha. korang pi la tengok design design baju dorang, mana tahu berkenan di hati, beli la. bukan nya mahal. lagi lagi yang hoodie merah meletup tu. i like! tapi tunggu duit tumbuh kat poket ni baru dapat lesap satu lagi baju. hehe. okayy la. mahu tidur. esuk kena bangun awal. will updates more soon. good night-morning everyone ;)

Friday, September 03, 2010

limited edition.

selamat petang. petang petang kat seri iskandar ni, tetiba hujan. hajat nak basuh baju. nasib baik tak basuh lagi. tapi esuk dah nak balik, macam mana, baju banyak lagi tak basuh. malas nak bawak banyak banyak baju balik rumah. buat berat beg je bawak baju yang tak guna nanti. haha. nyaman je hujan ni, macam nak tidur pun ada. haha. tapi nak packing barang sat lagi. tak sabar nak pulang ke rumah ku syurga ku. tak sabar nak raya juga. puasa lagi enam hari je. then, selamat beraya korang. ;)



entry today, nak cerita kat kamu kamu yang teringin nak beli fuji instax mini, atau ada orang panggil benda ni polaroid kecik. sebab saiz dia kecik. kecik dan comel. siapa beli, dia memang comel. haha. ni bukan saya yang jual, bukan saya nak promote, tapi mana tahu korang korang tak tahu mana nak carik limited edition punya instax mini. okayy, mudah aja. pasti kan anda berwang, bukan beruang, tapi ber-WANG. haha. dan kamu kamu pasti ada facebook kan, so, search LOMO KAKI. tu laaa online shop yangg ada limited edition instax mini ni. harga nya berpatutan kot. try ask them todayy ;)



winnie the pooh. or hello kitty. choose which character you like. kalau sesiapa tak ada idea nak kasik orang lain for hadiah hari jadi ke, hadiah pertunangan ke, hadiah perkahwinan ke, hadiah dapat baby baru ke, hadiah anniversary ke atau segala jenis hadiah la kan. apa kata beli fuji instax mini ni. sangat comel dipandang, digunakan dan anda pasti akan nampak comel. haha. dah macam iklan tv la pulak kan. hehe. kalau kau boyfriend penyayang macam encik sweetheart hati manis saya tu, bagi la girlfriend korang benda comel macam ni, mesti dorang suka, dan tambah membuak buak rasa cinta, setiap hari musim berbunga bunga. haha.



ia disertakan dengan original strap samada hello kitty or winnie the pooh. saya suka tengok yang winnie the pooh ni. kotak dia comel gile. kotak ye? haa kotak nya. haha. sebab saya dah ada fuji instax yang warna pink! pilihan hati sentiasa warna pink, so dah tak heran kalau nampak yang limited edition macam ni. (padahal, teringin jugak! haha). tapi tak apa, bersyukur apa yang ada okayy. terima kasih encik mister potato saya sebab dia tahu saya suka benda benda comel macam ni. walaupun tak ada hello kitty atau pooh, janji ada warna pink. saya dah cukup happy terlonjak lonjak macam kanak kanak dapat gula gula. haha.



okayy. beg ni kalau buleh saya nak. beg muat muat je utk instax mini. tapi ongkos nya saya tak ada. apa mau buat. tengok je la dalam gambar. tak dapat pun tak pe la. sabar rose sabar. haha. tapi pikir pikir balik. macam leceh je ada beg ni. beg ni muat muat je letak instax. pastu nak bawak handbag lagi. okayy leceh. so, cancel. tak jadik nak benda ni. jimat duit. hehe. okayy la. nak pergi relax relax sebab sat lagi plan nak buka luar dgn roomates. will updates more later. keep tuning here. hehe ;) okay bye.

Wednesday, September 01, 2010

colourful teddy.

selamat pukul 2 semua. hehe. hari ni mood happy sebab dah nak balik ke desa halaman di johor bahru tercinta. memang saya duduk desa yang bernama taman suria. hahaha. tengokk my new header. sangat buruk kan. ni la hasil 3 jam aku membuang masa menghadap laptop gune photoshop semalam. bosan tak tahu nak buat apa, so, tu la hasil nyaaa. sangat memalukan. dah cukup, jangan nak komen buruk buruk. tak suka? terima kasih. hahaha.



kesian teddy comel saya yang colour colourful ni tak dapat nak masuk header. dia warna warni sangat tu yanggg tak tahu cane nak sumbat die. sorry la comel. nanti balik jb, awak ikut, masuk beg k. duduk diam2. HAHA. mane saya kenal ini comel, ni la hadiah pemberian dari ibu mertua ku on my birthday last year. thanks ibu ;) *terharu dapat. suka sangat. hehe. tapi teddy ni tak photogenic laaa. in person, teddy ni lagi chomel. warna ni terang terang. suke :D



hari ini entry merepek. saja nak show off teddy teddy comel. sebab saya suka teddy. bila tidur malam kene ada teddy. kalau tak, tak nyenyak tidur ku. haha. okayy la. will updates soon. enjoy your holidayyy semua. ohh. tak sabar nak pulang ke desa ku tercinta. can't wait to see you my mister potato ;)