masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Monday, August 30, 2010

be independent.

selamat malam semua pembaca bloggg rose merah jambu yangg memang muka tak jambu. haha. malam yang meriah, lagi beberapa minit, akan ada bunga api letup letup kat semua negeri di dalam malaysia. termasuk uitm seri iskandar ni. yang berlangsung kat padang A. yang sekarang ni, kumpulan IN-TEAM sedangg menyanyi di sana. nampak sangat cik rose tak pergi padang ye. ala, tengok bunga api dari sini pun cukup la. dah meriah. cantik. menarik. hehe ;)



"Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati"


dengan ini rose ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ke-53

1 MALAYSIA

mari kita countdown sama sama jom. then boleh sahur terus. haha. okayy, will update more later. toodles ;)

Thursday, August 26, 2010

what's your flavour?

selamat tengahari :) haa. time bulan puasa ni, semua benda nak makan. lagi lagi kalau pergi bazaar ramadhan. kalau buleh semua nak beli. haish. pembaziran. HAHA. tapi rose lak mengidam kan ice-cream baskin robbin. my blueberry sorbet. dari hari tu, tak abes abes lagi ke cik rose. =_=

cik rose natasha ni, pencinta ice-cream sejati. dia terima sahaja semua jenis ice-cream, yang dijamin halal je la. sebab ada je ice-cream yang bercampur dgn cecair alkohol. so, beware la ye. sampai sekarangg dia tak pandai buat ice-cream. buat ice-cream susah kot. kena ada machine dia tersendiri. rose jugak berangan nak kerja partime nanti cuti sems kat kedai ice-cream macam baskin robbin. tolong la ambik saya bekerja. saya budak baik.



apa beza ice-cream biasa dengan sorbet? sorbet pun ice-cream jugakk. beza mereka ialah, sorbet dia tidak diperbuat daripada susu, dia hanya menggunakan juice buah buahan atau buah buahan segar, dicampur dengan air gula, berserta ice dan serbuk ice-cream dan di blend kat dalam machine dia. mesri korang tak paham. haha. nak senang cerita, ice-cream yang bulat bulat kat atas ni, dalam ingredient dia ada terdapat susu. sorbet pulak, tak ada susu. sebab tu saya suka. sorbet ni rasa dia fresh from fruits. tak kira la juice sahaja atau buah buahan segar. tapi saya lebih prefer ice-cream yang tak bersusu.



blueberry sorbet (!) i want you so much. okayyy. chill rose. next week, i'll get you. get ready. haha. okay, blueberry sorbet at baskin robbin is blue in colour. not purple. but, i keep searching in google, all purple. so, fed up. just used the purple one instead. haha.



comel tak comel tak? mana nak dapat benda ni. sangat best kot kalau dapat. haish rose ni macam kanak kanak. tak matang seh. biar laaa. janji aku happy. nanti aku boleh maen benda ni dengan anak aku. tunggu kau baskin robbin, aku gegar, tanyaa pasal benda ni. =_=

haha. lawak rose hari ni. okayy la. got to go. class lagi sejam. mahu bersiap. will update soon. toodles ;)

Monday, August 23, 2010

instax me.

selamat petang. sekarang kat dalam kelas lagi ni, baru after buat test online. amek kesempatan update bloggg. haha. tadi godeh godeh laptop, jumpe gambar hari tu scan. gambar dari instax mini naniey zainal ;) sangat lawak hari tu time nak ambik gambar tu. first attempt la kata kan. haha.

rose ni harapp kan je ade instax mini, tapi tak beli pun film dia. haish. tak de duit la. no money no talk. no anything. =_=




haa. ni fuji instax mini. senangg kata, macam polaroid la. saya punyaaa warna pink. of course pink. pink pilihan hati. pink pilihan setiap hari. HAHA. thanks to encik kamal faiz saya yang beri kan awal tahun ni. tapi saya tak pernah guna lagi. cermat, sayangg nak gune. actualy, duit tak ada nak beli film dia. hehe. my classmate, si kecik molek, naniey zainal pun ada, tapi dia punya warna coklat. macam cadburyy. time bulan puasa ni tengok macam nak ngapp je. haish =_=



warna pink comel kan. pink pink. raya ni nak beli baju pink lagi. haha. fuji instax ni ada dalam dua size, mini dan normal size. normal size tu besar sikit, nak nilai mata wang nya pun besau punya. haha. polaroid ni sangat fun untuk digunakan, dan sangat menguntungkan. kalau korang ada event, buat booth, snap picture potrait sapa2, then jual kat dorang rm5 sekeping. haha. profit ambik banyakk giler. tapi banyak untung maaa ;)




ni dua, gambar saya bersamaaa rakan sekelas. time ni baru balik apa ntah. ada program QS :) pelajar QS yang cemerlangg. rajin pergi event. ngee! time ni naniey bawak instax mini ni, baru beli time ni. so, kami menghilang kan jakun kami dengan snap snap. first attempt tu agak senget, ditangkap oleh rose si bunga manis. haha. ala, first time kan, tak tahu sangat, tu yang sampai tersenget benget tu. haha. tapi memang best gune benda ni. buleh buat kenangan. buleh tampal tampal, buleh buat scrap book. nanti time kahwin nak tangkap guna instax mini jugak. baru old school bebeh =_=



NGEH! atas ni instax mini hello kitty edition. sangat limited. tak tahu ada lagi ke tak. tapi sangat comel kan. dan maybe lagi mahal kot. siap ada film hello kitty. macam nak je. tapi kena tahan nafsu untuk memiliki nyaaa. hoho. okayy la. dah nak tutup entry pada hari ni, sebab nak pergi bazaar :) lapar lapar. buka lambat lagi. huu. hari ni nak beli apa eh agak nyaaa? till then, will updates later.

Friday, August 20, 2010

bowling tips.

selamat pagi! HAHA. lawak je title pagi ni. rose nak kasi tips seh. hebat sangat ke rose ni. tak boleh blah kan :) haih. suka hati la mak enon, mak senah, mah bedah oi. memandang kan kurang dari 2 jam, berdetik nya pukul 8 pagi bertarikh hari ini, 21 August 2010, saya akan berada di foyer FSPU untuk ke Ipoh Parade for the QS Tenpin bowling. sebab tu la pagi pagi ni sibuk nak bagi tips. HAHA.

gambar di bawah adalah kenangan yanggg telah dijalankan (HAHA!) pada tahun 2009. dah setahun gambar ni. masih ingat benda ni semalam, oh rindu pujaan hati. haha. okayy fokus. nak kasi tips ni, kena fokus. btw, tips ini ikhlas dari rose, saya bukan nya pakar, cuma nak berkongsi apa yang ada. maybe ada yang terkurang, maaf la ye ;)



Tips Bermain Bowling (beginner):
Sebelum bermain bowling-
1. Dapat kan tidur yang cukup, tak ada la keesukkan hari nya, dah macam zombie =_=

2. Makan secukup nya, jangan terlalu kenyang. kang korang tak larat nak angkat perut, dah susah kang, macam mana kan.

3. Kalau puasa, bersahur la. nanti pengsan, orang lain yang susah. dan puasa pun terbatal, lagi susah.

4. Tips pemakaian: baju yang selesa (contoh: t-shirt), seluar yang selesa (jangan pakai seluar yang ketat), stokin bersaiz kaki sendiri (bawa stokin sendiri). bagi perempuan bertudung, tudung yang dipakai rapi dan tidak merimas kan. bagi yang tidak bertudung, ikat laaa rambut anda, nanti orang lain yang rimas (!).

5. persediaan mental dan fizikal yang cukup.



Semasa bermain bowling-
1. pilih kasut mengikut saiz kaki, jangan terlalu longgar (biar ketat sikit pun tak apa, jangan ketat banyak sudah la)

2. pilih bola bowling mengikut kemampuan. jika ada sendiri punya lagi bagus, sebab ikut kesesuaian kita sendiri. jika tidak, guna sahaja houseball. jangan guna yang terlampau ringan, atau yang terlampau berat. bagi beginners, guna la 8 atau 9 ;)

3. ketika membuat balingan, jangan la lari, ini bukan nya marathon, cuma beri kan 3 atau 4 langkah ke depan sambil menghayun kan bola ke belakang untuk memberikan force ke atas bola.

4. jangan baling terlampau tinggi, tetapi seret atau tolak kan bola di atas lane. (seperti dalam gambar: teknik atas salah disisi undang undang, teknik bawah betul disisi undang undang)

5. tentu kan kedudukan balingan anda, mungkin di kiri, tengah atau kanan. jangan sekejap di kiri, tiba2 tengah pula, tak konsisten.

6. tentu kan cara balingan anda yang boleh memberikan score yang banyak. samada straight, back up, hook atau pun spinner. (bagi rose, straight and back up sahaja yang termampu)

7. ikut turn; jangan terlalu gelabah atau gabra atau ter-over excited. haha.

8. bagi peserta individu, jangan asyik nak compare kan score sendiri dengan pihak lawan, tu yang boleh makin melemahkan semangat bermain dalam diri. yakin diri anda boleh :)

9. have fun (!)

selesai sudah saya memberi kan tips yang tak seberapa ni, bukan nya terer pun. sahaja suka suka nak cerita kan pengalaman bermain bowling. jika ada kekurangan, maaf la ye. saya bukan la professional player, mahupun pemain handalan dunia. HAHA. harap, tips ni sedikit sebanyak dapat menolong insan insan yang ingin mula berjinak2 bermain bowling untuk masuk ke pertandingan.

will update later soon :)
p/s: happy 2 years 6 months anniversary fairosez. i love you, mister potato ku! ^.^v

Wednesday, August 18, 2010

movie review : Matilda (1996)

selamat malam kepada semua. malam penuh indah ini, eceh, tetiba nak mengimbau kembali kenangan masa kanak kanak riang dulu. time kecik kecik dulu. haish. sekarang pun kecik lagi kot. belum 21 tahun. haha. gedik. kau dah besar la rose, dah oversize dah pun. haish. saya sedar. =_=

okayy. dengan kesedaran, saya dah besar sekarang ni. dan cuba untuk matang kan diri. walaupun dah tua, tak sedar perangai macam budak2. huhu. tapi entry malam ni tak nak membebel pasal tua ke muda ke, matang ke tak matang ke, kecik ke besar ke. malam ni nak cerita pasal matilda. siapa matilda ni? haaaaaaa. ni dia matilda 14 tahun yangg lalu. haha.



macam mana aku kenal matilda ni? aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. haha. aku ingat lagi, masa aku 6 tahun kot, time tu aku still duduk kat petaling jaya, seksyen tak ingat berapa, tapi tau kat tepi jalan. haha. bapak aku setiap hujung minggu akan pinjam tape kat kedai depan. zaman mase tu, tak de lagi vcd, dvd yang cetak rompak murah murah yang anda anda semua beli tu. haha. dulu, gune tape, then kene sewa menyewa. nak cerita apa, melayu, india, cina, hindustan, orang putih, orang hitam, semua adaaaa. hahaha.

cerita matilda ni berkisah kan seorang kanak kanak perempuan yang sangat comel, dan sangat pandai dan ada kuasa magic yang unik. tapi kepandaian kebijaksaan dia, mak bapak dia tak pernah nak hargai. macam dia ni wujud tak wujud je dalam hidup parent dia. kesian. sampai kan bapak dia tak hafal name anak dia sendiri. apa kejadah nya ini?



haaa. ni la parent si comel matilda ni. yang si buncit tu, bapak dia. yang si seksi cun melecun konon nye, tu mak dia. mak bapak dia tak pernah nak hargai apa yang ada kt matilda ni. sampai kan matilda ni dah pandai berdikari hidup sendiri. masak sendiri. kemas rumah sendiri. tapi yang menarik nya. matilda ni nak kene kan balik orangg yang perasan bagus. macam mak n bapak dia n jugak pengetua kat sekolah dia tu. pengetua dia lagi dahsyat. nak tau dahsyat ke tak dahsyat pengetua dia tu, kena tengok la sendiri. haha.



nak dengar cerita lawak? macam tak kena la pulak. nak baca cerita lawak? hahaha. time kecik kecik tengok cerita ni, ada la sedikit terpengaruh. betul la orang tua berkata, jangan terpengaruh bila tengok tv. mase kecik kecik dulu mane la bijak perkasa, terikut la jejak langkah si kecik matilda ni. dia kan terer masak. so, konon nya nak try la jugak masak ni. tapi tak jadik. apa yang jadik nya, lauk yang mak saya dah masak tu, tanpa pengetahuan dia, saya pun masuk masuk kan rempah rempah ratus yang ada. tak tau la kenapa, konon nya nak menyedap kan lagi masakan tu la katanya. last last kena marah sebab memandai je tokok tambah masakan mak kan. haha.

moral of the story: jangan memandai ubah suai masakan mak yee. && jangan terpengaruh dgn televisyen. HAHA.

p/s: laptop aku sakit. entry ni patut nyee semalam dah post, tapi laptop sakit. entry pun ikut sakit. haha. btw, hari ini dah 9 hari puasa. suke! nak raya dah. haha. will update soon. toodles :)

advertise me.

selamat tengahari. good afternoon. today is wednesday. hari ni hari ke lapan berpuasa. oyeh! kurang dari 3 minggu dah nak rayaa. nak duit raya. layak ke dapat duit raya lagi? HAHA. tak pe. sekaranggg saya sedang berusaha nak dapat kan duit raya sampingan setiap bulan. anda nak cube? mari laaa. macam harapan je nak dapat. bukan nyee semua orangg baca blog aku. haish sedih. tapi, tak salah kalau nak mencubakan.

sebagai seorangg usahawan pengganggur yang hebat, atau lebih senang, pelajar sepenuh masa yang tak dapat PTPTN dan hanya bergantung pada duit mak dan ayah. apa kate, dari asek online hari2 berjam2 depan komputer. meh berblogging dan earn some money. :)



nuffnang ni ialah company advertising, kau sign up, kau tulis blog, orangg ramai baca blog kau, nuffnang berminat, dia kasik kau advertisement, kau advertise, kau dapat duit, kau senang hati. macam tu kot flow die. maen bantai jeee. HAHA.



kalau saya dapat la advertise kan untuk dieorangg. saya pun senang hati. siapa tak suka dapat duit kan? hehe. so, tak cube tak tahu. saya cube, saya tahu. anda cube, anda pun tahu. haha. okayy. rose dah merepek. sebab sat lagi dia ade test building services yangg sangat senangggggggg tu. okayy, got to go. nak siap siap pergi kelas. wish me luck for my test. cuak habis dahhhh ni. haish. bye bye :) will update soon.

p/s: my mister potato, i want green tea chocolate chip frappucino with cream at starbuck. please deliver it here. HAHA. just kidding. i love youu! :)

Wednesday, August 11, 2010

hye you, smokers.

selamat petang :)

selamat berpuasa hari yangg ke-7. wah. kejapp je dah seminggu. yeah! lagi 3 minggu then raya. raya je yang tahu kan. saya punye suka laaaa. hehe. kenapa la asik busy je setiap hari, kesian blog kene tinggal. kadang2 sempat bukak je, tapi tak sempat nak update. takpe2. tabah wahai blog. haha. dah merepek petang2 macam ni. dugaan macam2 hari ini. tapi tak pe. im strongg. eceh! :P

ramai ade yangg tahu pasal uncle saya. ade juga yang tak tahu. ini uncle saya, name die Muhammad Suhaimi Bin Anuar. umur die baru 41 tahun. tapi dia dah sebulan lebih duduk dalam ICU. dah dua hospital kami masuk kan die. tapi alhamdulillah, berkat bulan ramadhan yang mulia ni. uncle saya tunjuk kan tanda2 positif. dan insyallah dalam beberapa hari ini, dia dah buleh masuk wad biasa.



masa ni, kat ICU KPJ Selangor Specialist Hospital. Thanks to uncle Razmi for the pictures, uncle seludup masuk camera. mane buleh amek gambar dalam ICU. selamba je. hehe. my uncle kena jangkitan kuman kat paru2 die. at first, dia kene chicken pox. we thought cam chicken pox biase, rupe2 nyee doktor cakap bile kite lagi meningkat usia, lagi teruk jangkitan nye kalau kite kene chicken pox. sebab tu kte tgk kanak2 kene elok je. macam chicken pox biase. tapi bile dah makin tua, chicken pox ni makin mengganas. kes uncle saya lak, chicken pox nya virus tu dah merebak masuk ke dlm paru2 nye. oleh sebab itu, uncle saya susah untuk bernafas. uncle saya terus ke hospital and bile xray paru2 die ada tompok2 putih, maksud nyee ade kuman dalam paru2.

mula2 takut jugak dengar. uncle saya sampai masuk ICU dan tak stabil sbb tak dapat nafas sendiri. kene gune bantuan mesin pernafasan. time ni, kami sekeluarga sangat cuak dan nervous. mase first second week, kami tak duduk diam, uncle saya kurang stabil lagi2 kene chicken pox dan demam. doktor masuk kan ubat bius dan ubat tidur je bagi uncle saya stabil.

pengalaman saya di hospital, saya kene teman aunty saya tidur kat waiting room hospital tu. lawak giler. pagi2 dah kene gi surau nak bersih2 kan badan dan tukar baju. tidur pun atas kerusi. demi uncle tersayang. hehe ;)



after 3 weeks, uncle saya di transfer ke ICU Hospital Putrajaya. kat sini mula2 masuk. banyak sangat dugaan kami sekeluarga. tapi kami tabah dan redha. dan sehingga sekarang, uncle saya masih di Hospital Putrajaya. tapi alhamdulillah. dia dah semakin sembuh. terima kasih kepada doktor2, ahli keluarga dan rakan2 yang mendoakan uncle saya. kami sekeluarga kembali tenang bila tengok uncle saya dah tak payah gune bantuan mesin pernafasan. tapi apa2 pun, kami harap uncle saya makin sihat. insyallah :)

moral of the story: don't smoke. jangan merokok. uncle saya ni paru2 die lambat sembuh sebab die seorang perokok. walaupun dia jarang merokok, hanya sesekali. tapi bahaya merokok tu la, kelak kita akan tanggung. so, please stop smoking.

pesanan ikhlas dari; ROSE.
hari ni, rose jadi skema sekejap. tengok la ayat die. chumel kan. ngee! byee. will update soon. ;)

Monday, August 09, 2010

this and that.

selamat malam warga bumi. good evening earth things? macam tu ke translate nyaa? HAHA. okay la. saya dah lame berabad sangat tak meng-update blog. kesian blog bersawangg. sedang berusaha nak bersih kan balik sawang2 ni. busyy woman sangat sebulan dua ni. dah masuk belajar balik la kate kan. cuti dahh sebulan habis. tapi mood bercuti masih ade lagi. masih nak cuti. =.=

cerita pasal cuti, dah nak dekat cuti rayaa ni. yay! oh. raya datang lagi. haha. puasa dulu laa rose! ohh. lupe. so, salam ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di serata dunia. tak sabar nak puase. nak kurus. HAHA. lawak tak? okayy, tak lawak. ;(

entry kali ni, saya nak menyuarakan kerinduan saya pada teman teman sayaaaaaa. terlampau rindu. sebab ade di antara kawan2 saya ni, marah pada sayaaa. marah pasal ape? tak payah laa tahu. toot toot! HAHA.



saya kadang2 agak siuman tak siuman gitu. tapi masih berfikiran waras. alhamdulillah. gambar2 credit to encik KAMAL FAIZ. walaupun saya tak dapat full complete semua gambar time keluar ni, tapi tak pe, it's okayy. janji saya comel. toot! haish. angkat bakul sendiri ye puan rose ;)



kerinduan pada rakan teman kawan sahabat. huhu. maaf atas segala silap salah jika saya ade tersakit kan hati or kamu terasa sakit tiba2 sebab saya. maaf maaf maaf. tui pue chi? time ni baru lepas BBQ kat rumah anies farouk, or people called her faiz. i dunno why? =.=



selepas itu, kami ambil kesempatan di malam hari untuk ke satu taman ni, tepi jalan berhampiran tebrau city kalau tak silapp la. sebab dah nak dekat pukul 11 malam dah ni. so, agakk gelap la jalan raya. tapi sangat have fun. i miss this time a lot :)

I MISS YOU GUYS ;(



saya juga rindu encik kekasih hati, mister potato saya yangg nun jauh di sarawak. oh boy! i miss you a lot. i want baskin robbin later on our next datingg ceremony. blueberry sorbet! HAHA. demand lebih. kesian encik hati. sorry. I LOVE YOU ;)

okayy. dan dengan ini, ter-update laa blog saya yg berkurun lame tidakk update. so, will be update later soon. insyallah dunno when lagi. BUSY. maaf. ada sebarang pertanyaan. sila tanya. HAHA. okayy good night ^.^v