masa masa indahh berputik (:

Daisypath Anniversary Years Ticker

Thanks for reading my blog.enjoyyy :)

Sunday, May 09, 2010

happy mama's day.

seperti semua orang tahu. hari ini hari mama, atau orang laen panggil, hari ibu. ape beza? same je kot. ngehh. ok. saya sayang mama saye. sape tak sayang mak sehh. kan? of course la sayang, walaupun kadang2 ade salah faham. sedangkan lidah lagi tergigit, ape kan pula mak dan anak kan. dulu masa zaman kanak2 ribena dan zaman persekolahan, paling banyak buat degil dgn mama. tapi bile dah masuk universiti ni, rase rindu kerinduan macam orang bercinta. haha. ape salah bercinta dengan emak. memang di alu-alu kan dalam Islam lah. betul tak?

ok. dengan ini, saya ingin mengucap selamat hari mama, atau glamour lagi, happy mama's day kepada mama saya yang merupakan seorang cikgu di sekolah dan bernama Haslina. walaupun tak dapat jumpa hari ini dan hari esuk. tak pe la. hari selasa dapat jumpa. haha. ape yang patut aku beli hadiah untuk mama ni? ye la kan. dia dah membesarkan aku dan jadi size yang besar ni. mesti la balas dengan kasih sayang dan beli kan la mama tu something yang dapat dia teringat2 kan kita yang berjauhan seperti sekarang ni. aduh. sayu rase nye. tetiba homesick. padahal selasa dah nak balik dah pun. sabar rose sabar.

kepada ibu mertua juga, selamat hari ibu. ibu, walaupun kita baru kenal 2 tahun lebih ni. tapi rose memang anggap ibu, seperti ibu sendiri. sememangnya, in the future, ibu akan menjadi ibu ku juga. *gatal*

aku ada banyak sangat ibu dan mama. tak kira la ibu kandung, ibu tiri, ibu mertua, ibu angkat, selamat hari ibu la senang cerita kepada semua ibu2 ku. mama Haslina, mama kandung ku. ibu effa, ibu tiri ku yang dulu. aunty mawar, ibu tiri ku yang sekarang. ibu fauziah, ibu mertua ku. ibu naemas, ibu angkat merangkap ibu fana. mak fatin, mak angkat merangkap mak fatin. and segala ibu yang muncul tersurat dan juga tersirat dalam hidup ku ini. terima kasih daun pegaga, esuk lusa saya tetap sayang ibu ku jua.

di bawah ini. hanya ade gambar mama ku yang ku sayangi. ibu2 laen jangan kecik hati. saya sayang ibu saya lebih. muahx2 untuk mama! ^.^v

ini mama saya! wahh.
merah mengilau macam gune lomo colorsplash aku je.
padahal bukan oke. effect dari lampu yang ade ketika itu :)

ini di teluk cempedek di luar pagar ;)

saya bersama mama. ye saye tahu,
kenape size kami berbeza? hahaha.

my kepoh lil sis with my mom and my cousin, boboy.


oke. ini kami adik beradik bersama mama tersayang.
aku posing sgt sopan, tak tahu ape motif sebenar. haha.

gambar ini semua time cuti semester yang lepas. masa bercuti ke kuantan. gambang syiok ohh. suke kamek! ngee! :)

malas nak taip lagi. nak berehat sebentar sambil memikirkan, beg aku banyakk gila ni. cane nak bawak naik bas balik JB hari selasa ni. haha. oke akan update esuk atau lusa atau bile2. dengan itu, selamat malam. dan mimpi indah kawan rakan :)

No comments:

Post a Comment